Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Realme Watch & produk AIoT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Hari ini Realme memperluas penawaran produk mereka dengan mengumumkan sejumlah produk boleh pakai yang katanya, dalam kategori AIoT. Selain Realme Watch, mereka turut mengumumkan 5 produk lain seperti:

  1. Realme Band
  2. Realme Buds Air Neo
  3. Realme Buds Q
  4. Realme 30W Dart Charge Power Bank (10000mAh)
  5. Realme 10000mAh Power Bank 2

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan salah satu ataupun semua produk ini, maklumat penjulannya adalah seperti berikut:

  1. Realme Band – RM129
  2. Realme Buds Air Neo – RM199
  3. Realme Watch – RM299
  4. Realme Buds Q – RM129
  5. Realme Powerbank 2 – RM129
  6. Realme 30W Dart Charge – RM199

Ada beberapa produk yang dilancarkan ini menerima potongan harga di hari penjulannya. Pada 12 Jun 2020 di Shopee, anda boleh dapatkan beberapa produk AIoT Realme pada harga seperti berikut:

  1. Realme Watch – RM299 RM249
  2. Realme Power Bank 2 – RM129 RM99
  3. Realme Band – RM129 RM79
  4. Realme Buds Air Neo – RM199 RM149

Realme Watch & Realme Band

Saya sekalikan kedua-dua produk ini disebabkan mereka miliki fungsi yang sama cuma fizikaliti berbeza. Jika Realme Band ada rupa macam gelang kecergasan Mi Band, Realme Watch ada rupa seperti Apple Watch ataupun Amazfit Bip.

Mereka ada paparan berwarna tapi Realme Watch ada skrin lebih besar. Ia ada panel LCD 1.4″ ada resolusi 320×320. Tali jamnya boleh tenggal dan gunakan saiz generik 20mm. Jadi, anda tak perlu risau untuk dapatkan tali jam pihak ketiga.

Atas padannya ada sensor akselerometer dan pengimbas nadi. Selain merekodkan langkahan, ia boleh rekodkan data SpO2 anda semasa bersenam. Cumanya pada harga sebegitu, saya harapkan ia ada sensor GPS untuk rekodkan lokasi anda. Amazfit Bip yang saya gunakan sekarang boleh didapati pada harga kurang RM250 dan ia ada GPS.

BACA  Realme C11 terbaru hadir dengan RAM 50% lebih besar

Berbekalkan bateri 160mAh, ia dilapor boleh berkhidmat selama 9 hari ataupun 20 hari jika fungsi Power Saving diaktifkan.

Realme Band ada fungsi serupa dengan Realme Watch cuma dalam pakej lebih kompak. Maka, paparannya lebih kecil iaitu pada 0.96″. Bukan saja paparan kecil, baterinya pun hampir separuh daripada Realme Watch tapi masih boleh berkhidmat selama 9 hari lamanya.

Realme Buds Air Neo & Realme Buds Q

Ini ialah TWS kedua daripada Realme selepas Buds Air yang asal. Fizikalitinya serupa cuma ini adalah versi “lite” kerana ada beberapa komponen diturun taraf. Contohnya, bekas pengecas tidak menggunakan port USB-C dan tidak menyokong pengecasan wayarles.

Namun ia masih mampu berkhidmat selama Buds Air asal iaitu 17 jam lamanya dengan bantuan bekas pengecas yang turut menyimpan tenaga padanya. Pemacu audio Buds Air Neo 1mm lebih besar berbanding sebelumnya. Ia mungkin beri kesan pada kualiti audio.

Ciri-ciri yang dikekalkan adalah seperti penggunaan cip R1 hasilan sendiri pengeluar itu. Ia bolehkan latensi audio diminimumkan untuk berikan kepuasan mendengar lebih baik terutamanya semasa menonton video ataupun bermain games.

Realme Buds Q ialah TWS yang ketiga tapi ia miliki casing jenis pebble dan unit earfonnya lebih mirip Galaxy Buds berbanding Airpods. Pada unit earfon tersebut, ada permukaan peka sentuhan untuk anda masukkan arahan kepada telefon tanpa mengeluarkan telefon daripada poket.

Kepada gamers, ia juga ada fungsi Super Low Latency macam Realme Buds Air dan Buds Air Neo untuk kurangkan latensi pada paras sehingga 119ms. Hayat baterinya lebih panjang iaitu pada 20 jam lamanya.

Tapi disebabkan fizikalitinya yang lebih kompak, pemacu audionya sedikit kecil iaitu pada 10mm.

BACA  GoCar Free Floating lebih jimat dan boleh pulang kereta di lebih 100 lokasi

Realme 30W Dart Charge Power Bank & Realme Power Bank 2

Kedua-dua produk powerbank ini miliki kapasiti bateir 10,000mAh. Kelebihan Realme 30W Dart Charge ialah pada lemampuan pengecasan pantas sehingga 30W manakala Realme Powerbank 2 boleh pergi sehingga 18W.

Lagi yang menarik ialah bukan saja boleh mengecas peranti lain secara pantas, ia juga boleh dicas pantas. Jadi untuk isi 10,000mAh tangkinya saya rasakan tiada masalah.

Layari laman rasmi Realme untuk maklumat lanjut.