• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPP: GSC dan TGV menunggu SOP dari MKN sebelum kembali beroperasi 1 Julai ini

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:44 pm
  • 23/06/2020
  • Komen
PKPP: GSC dan TGV menunggu SOP dari MKN sebelum kembali beroperasi 1 Julai ini
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kerajaan umumkan pawagam boleh dibuka semula bermula 1 Julai 2020, Golden Screen Cinema (GSC) dan TGV Cinemas kini dalam persediaan untuk membuka semula pintu mereka kepada pelanggan, selepas lebih tiga bulan tidak beroperasi.

Kedua-dua syarikat pawagam di Malaysia itu juga masih menunggu prosedur operasi standard (SOP) rasmi daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebelum mula menerima kedatangan pelanggan di premis mereka.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee, pihaknya hanya menunggu SOP dari kerajaan, sebelum meneruskan pelan pembukaan semula pawagam mereka kepada orang ramai.

Pawagam GSC akan dibuka 1 Julai 2020. Save the date! See you guys! pic.twitter.com/XXm7JGiZOj

— GSC (@GSCinemas) June 23, 2020

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas, Yeoh Oon Lai pula berkata, pihaknya akur dengan kapasiti maksimum pelanggan seramai 250 orang. Pada masa sama, TGV juga telah menyenaraikan beberapa panduan yang akan menjadi norma baharu di pawagam seperti:



  • Menyediakan stesen pensanitasi tangan di seluruh pawagam
  • Melakukan pemeriksaan suhu badan di laluan masuk
  • Mengamalkan penjarakan sosial di kaunter tiket dan makanan termasuk tandas
  • Melakukan nyah kuman dan pembersihan kerap di kawasan-kawasan terdedah sentuhan
  • Menjarakkan tempat duduk penonton

Syarikat itu juga menyatakan, pihaknya akan melaksanakan SOP yang ketat terhadap kakitangan mereka. Setiap kakitangan perlu menjalani pemeriksaan suhu sebanyak dua kali sehari, menggunakan pensanitasi tangan dengan kerap dan memakai topeng penutup hidung dan mulut.

You know what to do, TGV moviegoers! We’re coming back this July. ?

We will update everyone on our enhanced safety standards soon so we can all enjoy a peace-of-mind cinematic experience at TGV Cinemas once again. ?

Stay tuned for more updates! pic.twitter.com/bNY3EG5XIK

— TGV Cinemas (@TGVCinemas) June 22, 2020

Selain GSC dan TGV, syarikat rangkaian pawagam MBO juga menyatakan akan kembali beroperasi. Berdasarkan muat naik di laman Twitter, syarikat itu memaklumkan supaya pelanggannya menantikan pelbagai promosi menarik yang bakal ditawarkan dan pengumuman tarikh pembukaan semula pawagam. Pihaknya juga akan melaksanakan SOP yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan pelanggan.

Stay tuned for all the upcoming promotions including our official opening date and the SOPs to ensure your movie time a great and of course a safe one. See you soon! #mbocinemas pic.twitter.com/lPefMlBLFc

— MBO Cinemas (@mbocinemas) June 22, 2020

Sebelum ini, telah tular di Facebook gambar keadaan kerusi dan permaidani pawagam di Malaysia yang berkulat. Hal ini dikatakan terjadi selepas dua bulan pawagam ditutup.

Kini selepas tiga bulan, bagaimana pula keadaan pawagam? Mungkin syarikat akan mengarahkan pembersihan secara menyeluruh tetapi, dengan ratusan kerusi yang ada adakah semuanya dijamin bersih? Harapnya keadaan dapat dikembalikan seperti sebelum pawagam ditutup.

Sumber: Berita Harian, GSC, TGV, MBO

Tags: GSCPKPPtgv
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
PKPP: GSC dan TGV menunggu SOP dari MKN sebelum kembali beroperasi 1 Julai ini

PKPP: GSC dan TGV menunggu SOP dari MKN sebelum kembali beroperasi 1 Julai ini

23 June 2020
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER