• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Next@Acer: Swift 5 baru kekal wajah lama dan berat di bawah 1kg

  • OLEH Najib
  • 12:54 pm
  • 24/06/2020
  • Komen
Next@Acer: Swift 5 baru kekal wajah lama dan berat di bawah 1kg
Share on FacebookShare on Twitter

Acara tahunan Next@Acer 2020 tahun ini tetap dijalankan seperti jadual, tetapi ia diubah kepada siaran langsung dalam talian sahaja. Acer membahagikan acara pengenalan produk baru mereka kepada 3 bahagian iaitu kertas, gunting dan batu.

Kertas merujuk kepada produk yang ultra ringan. Salah satu darinya ialah Swift 5 yang diperbaharui. Ia kini menampilkan bingkai yang sangat nipis dengan 90% nisbah skrin-ke-badan. Swift 5 kali ini juga menggunakan skrin sentuh dari kaca Corning Gorilla Glass antimikrob.



Laptop Acer Swift 5 yang baru ini memiliki berat di bawah 1kg dan setebal 14.95mm sahaja. Badannya diperbuat dari magnesium-lithium dan magnesium-aluminium berkualiti tinggi, yang menyumbang kepada berat yang ultra-ringan dan ultra-nipis tetapi masih tahan lasak.

Prestasi tinggi dalam laptop ini digerakkan oleh kuasa pemproses terbaru Intel Core-i, digandingkan dengan RAM LPDDR4X sehingga 16GB dan storan pantas SSD PCIe sehingga 1TB. Grafiknya diuruskan oleh cip grafik terbina di dalam berasaskan arkitektur Intel Xe yang baru, atau pelanggan boleh menambah cip grafik NVIDIA GeForce MX350 padanya.



Laptop ini dipasang dengan skrin sentuh IPS berukuran 14-inci, dilapisi kaca Corning Gorilla Glass antimikrob. Ia membantu mengurangkan pembiakan mikroorganisma dan bau kurang enak di paparan. Pengguna juga boleh menambah lapisan antimikrob ke atas touchpad, papan kekunci dan seluruh badan laptop.

Rekaan badan baru pada Swift 5 boleh dilihat apabila laptop ini dibuka. Ia dibuat agar bahagian papan kekunci sedikit terangkat apabila dibuka, memberi lebih ruang untuk pengedaran udara selain sudut menaip yang lebih ergonomik dan selesa.

Bateri sebesr 56Wh terdapat di dalam Swift 5 baru ini, di samping pengecasan pantas yang memberikan masa penggunaan selama 4 jam dengan mengecas selama 30-minit sahaja. Sambungan berwayar yang disediakan masih sama: 2x USB-A, 1x USB-C, 1x HDMI dan 1x jek audio. Sambungan wayarles pula kini dengan sokongan WiFi 6 dan Bluetooth 5.

Salah satu fungsi keselamatan yang terdapat di Swift 5 adalah pengimbas capjari. Ia juga menyokong fungsi Wake on Voice di mana pengguna boleh mengaktifkan Windows 10 dan memberi arahan walau skrin terpadam. Terdapat dua warna pilihan untuk Swift 5, hijau dan emas.

Acer Swift 5 akan berada di pasaran bermula bulan Oktober akan datang, dengan harga jualannya bermula dari USD999 (~RM4,269). Spesifikasi penuh laptop ini akan diumumkan mengikut pasaran sebelum ia mula dijual.

Tags: AcerAcer Swift 5
Najib

Najib

POPULAR

Next@Acer: Swift 5 baru kekal wajah lama dan berat di bawah 1kg

Next@Acer: Swift 5 baru kekal wajah lama dan berat di bawah 1kg

24 June 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN