Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Mi Band 5 lebih murah daripada Band 4 di Lazada untuk waktu terhad

Gelang tangan kecergasan popular Mi Band 5 dilancarkan di pasaran Eropah pada pertengahan Jun 2020. Sekiranya anda tak sabar untuk miliki seunit produk tersebut tapi malas nak tunggu penjualan rasminya di Malaysia, anda boleh dapatkan versi import pada harga RM138.

Ada satu reseller dengan nama Xiaomi Online sedang melakukan Flash Sale di Lazada. Perlu diingatkan yang ini bukanlah daripada Xiaomi, sebaliknya pihak ketiga. Disebabkan ini adalah transaksi antarabangsa, Lazada menganggarkan tempoh antara 6 hinga 18 hari untuk tempahan tiba kepada anda.

Jika anda khuatir, kedai ini bernaung dibawah cap LazMall. Ia dijamin 100% tulen oleh Lazada dan anda boleh pulangkan produk dalam masa 15 hari penerimaan jika tidak menyukainya.

Untuk sebuah produk import, harganya agak menarik jika and abandingkan harga set rasmi Mi Band 4 di Malaysia yang berharga RM149.

Mi Band 4

Secara ringkas tentang Mi Band 5, ia bawakan sekurang-kurangnya 7 naik taraf berbanding Mi Band 4. Antaranya ialah:

  • Paparan berwarna yang lebih besar
  • Pengecasan magnet
  • Boleh gunakannya sebagai shutter kamera melalui sambungan Bluetooth
  • Sensor pengimas nadi yang ditambah baik
  • Jenis sukan yang lebih banyak boleh dijejak
  • Ada fungsi kesihatan wanita
  • Sokongan NFC untuk model tertentu
BACA  Mi Smart Band 5 akan dijual secara rasmi di Malaysia minggu ini