Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Realme X3 di India ada 2 varian, satu daripadanya lebih murah

Kenapa di Malaysia cuma ada satu varian yang harganya bermula RM1,999? Realme X3 baru saja menembusi pasaran India dan di sana, mereka juga ada Realme X3 tanpa kamera Superzoom bersama-sama Realme X3 Superzoom.

Kedua-dua telefon telefon ada spesifikasi hampir serupa antara satu sama lain. Bezanya Cuma pada kamera zum. Kalau di Realme X3 Superzoom ada kamera periskop, pada varian biasa ada kamera 12MP dengan zum optikal 2 kali.

Realme X3 Superzoom

Kedua-duanya diperkasa SoC Snapdragon 855+ bersama-sama RAM sama ada 6GB ataupun 8GB untuk Realme X3. Versi Superzoom pula ada RAM bermula 8GB dan boleh pergi sehingga 12GB. Mereka dibekalkan storan seluas 128GB dan 256GB (Superzoom sahaja) dengan pilihan untuk meluaskan storan menggunakan kad mikro-SD.

Realme X3 Superzoom

Di jabatan pengimejan, selain kamera telefoto, mereka berkongsi konfigurasi yang sama. Anda boleh temui kaemra utama 64MP, 8MP (ultralebar), dan 2 MP (makro). Untuk selfie, ia ada dua kamera depan, satu yang bersensor 32MP dan satu lagi yang ada lensa bersudut pandang lebar.

Menguasakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,200mAh dengan teknologi pengecasan pantas Dart Charge 30W. Menurut mereka, pengecas tersebut mengisi penuh tangka tenaganya dalam masa kurang daripada 1 jam.

Di India, harga jualan siri Realme X3 adalah seperti berikut:

  • Realme X3 (6GB+128GB) – INR24,999 (RM1,416)
  • Realme X3 (8GB+128GB) – INR25,999 9 (RM1,472)
  • Realme X3 Superzoom (8GB+128GB) – INR27,999 (RM1,586)
  • Realme X3 Superzoom (12GB+256GB) – INR32,999 (RM1,869)

Harga jualan Realme X3 Superzoom di Malaysia sedikit tinggi. Varian yang paling murahpun berharga RM1,999 sementara yang ada RAM 12GB dan storan 256GB pada harga RM2,299.

BACA  Gambar prototaip Razer Phone 3 muncul