• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme lancar telefon baru lebih murah berharga di bawah RM450

  • OLEH Najib
  • 12:54 pm
  • 30/06/2020
  • Komen
Realme lancar telefon baru lebih murah berharga di bawah RM450
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awalnya, Realme C11 mahu diumumkan sebagai telefon pintar pertama di dunia dikuasakan cip Mediatek Helio G35. Tetapi Xiaomi Malaysia lebih awal 1 jam, mengumumkan ketibaan Redmi 9C, juga dengan kuasa Helio G35.

Walaubagaimanapun, pelancaran Realme C11 di Malaysia hari ini boleh menggunakan gelaran telefon dengan Helio G35 pertama di jual di dunia. Ini kerana Realme C11 akan mula dijual pada 7 Julai 2020, secara eksklusif di Shopee. Redmi 9C pula, akan berada di pasaran pada penghujung bulan Julai.



Khas untuk jualan hari pertamanya pada 7 Julai di Shopee, pembeli Realme C11 akan menerima hadiah percuma berupa fon kepala Realme Buds 2. Harga jualan Realme C11 di Malaysia ialah RM429, memiliki RAM 2GB dan storan dalaman 32GB.

Kuasa Realme C11 digerakkan oleh pemproses Mediatek Helio G35 8-teras, dengan kelajuan mencecah 2.3GHz. Ia memiliki skrin berukuran 6.5-inci HD, dengan takuk kecil di atas.



Kamera di belakangnya ada dua, dengan kamera utama 13MP F2.2 dan dilengkapi mod Nightscape. Kamera hadapan pula 5MP, diletakkan di dalam takuk di atas skrin.

Kapasiti bateri 5,000mAh dimuatkan sebagai sumber tenaga kepada Realme C11. Ia dicas melalui mikro-USB tanpa pengecasan pantas, cukup sekadar 10W sahaja.

Realme menyediakan dua warna untuk Realme C11 yang diiinspirasikan dari rempah ratus, iaitu hijau mint dan hitam lada sulah. Sistem operasi Android 10 terkini dilapisi Realme UI digunakan di dalam Realme C11.

Realme C11 adalah telefon pintar yang lebih murah dari Realme C3 yang dilancarkan pada Mac lepas. Kedua-dua telefon ini memiliki ciri-ciri yang hampir serupa, dengan kelebihan Realme C3 pada pemproses Helio G70, RAM 3GB dan tiga kamera belakang. Realme C3 dijual pada harga RM499.

Tags: RealmeRealme C11
Najib

Najib

POPULAR

Realme lancar telefon baru lebih murah berharga di bawah RM450

Realme lancar telefon baru lebih murah berharga di bawah RM450

30 June 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN