• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Petunjuk siri Vivo X50 timbul tanda kedatangannya ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:08 pm
  • 30/06/2020
  • Komen
Petunjuk siri Vivo X50 timbul tanda kedatangannya ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Siri X bagi telefon pintar Vivo akan kembali menyertai pasaran Malaysia. Ia diumumkan oleh Vivo Malaysia di mana mereka akan membawa siri X50 ke Malaysia tidak lama lagi.

Kali terakhir siri X dijual di Malaysia ialah Vivo X21. Ia adalah antara telefon pintar terawal memiliki pengimbas capjari di dalam skrin di Malaysia. Siri X50 yang baru ini juga akan membawakan teknologi baharu yang dibangunkan Vivo.



Pada awal bulan Jun lepas, Vivo telah melancarkan tiga model di dalam keluarga X50 iaitu Vivo X50, Vivo X50 Pro dan Vivo X50 Pro+. Walaupun namanya sama, ketiga-tiga telefon ini berbeza dalam banyak perkara.

Vivo X50

Vivo X50 memiliki skrin AMOLED HD Penuh 90Hz, berukuran 6.56-inci. Ia dikuasakan cip Snapdragon 765G bersama RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB, serta menyokong 5G. Baterinya 4,200mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C.



Terdapat tiga kamera di belakangnya, gandingan kamera utama 48MP, kamera potret 13MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 5MP. Kamera hadapannya 32MP di dalam lubang di sudut atas skrin.

Vivo X50 Pro

Vivo X50 Pro memiliki skrin yang sama, AMOLED HD Penuh 90Hz berukuran 6.56-inci. Ia juga menggunakan cip Snapdragon 765G sebagai kuasa penggerak, serta RAM sehingga 8GB, storan sehingga 256GB dan sokongan 5G. Bateri pula 4,315mAh dengan pengecasan pantas 33W USB-C.

Tarikan utama telefon ini ialah fungsi gimbal di kamera belakangnya. Ia memberikan kestabilan yang jauh lebih baik berbanding penstabil imej optikal (OIS). Kamera belakang ini ada empat, iaitu kamera utama 48MP F1.6, kamera potret 13MP F2.46, kamera telefoto 8MP F3.4 dan kamera makro 8MP F2.2. Kamera hadapnnya 32MP F2.45, terletak di dalam lubang di bahagian atas skrin.

Vivo X50 Pro+

Model terhebat, Vivo X50 Pro+ dikuasakan oleh cip terbaik, Snapdragon 865 5G. Walaupun skrinnya sama besar, AMOLED 6.56-inci, tetapi kadar segar semulanya setinggi 120Hz. Pilihan RAM sehingga 8GB dan storan 256GB ditawarkan bersama. Baterinya 4,315mAh tetapi ia menyokong pengecasan lebih berkuasa, 44W melalui USB-C.

Empat kamera di telefon ini juga unik. Ia gabungan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 13MP, kamera telefoto 8MP dengan zum hibrid 60x dan kamera makro 8MP. Kamera hadapan sama, 32MP di dalam lubang di atas skrin.

Tags: vivoVivo X50Vivo X50 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Petunjuk siri Vivo X50 timbul tanda kedatangannya ke Malaysia

Petunjuk siri Vivo X50 timbul tanda kedatangannya ke Malaysia

30 June 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER