• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis taja 3 bulan talian Hotlink percuma untuk pekerja kesihatan COVID-19

  • OLEH Najib
  • 1:06 pm
  • 07/07/2020
  • Komen
Maxis taja 3 bulan talian Hotlink percuma untuk pekerja kesihatan COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia kini dalam fasa pemulihan wabak COVID-19 selepas Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Walaupun banyak sektor ekonomi telah dibuka semula dan rakyat mula kembali kepada kehidupan biasa, petugas kesihatan masih bertungkus lumus menghadapi wabak ini.

Maxis, salah satu penyedia perkhidmatan telekeomunikasi terkemuka di Malaysia, kini menawarkan promosi khusus untuk pekerja kesihatan di 86 hospital awam dan swasta di seluruh negara. Promosi ini berbentuk akses percuma selama tiga bulan bagi pelan Hotlink Postpaid 60.



Setiap kad SIM yang diaktifkan akan dilengkapi dengan data 10GB, bersama tambahan 10GB data khusus YouTube, serta panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian. Tetapi tawaran ini diberikan dalam unit terhad, sebanyak 5,000 pek SIM sahaja.

Maxis akan bekerjasama dengan hospital yang terlibat, yang kemudian akan menyebarkan promosi tersebut kepada kakitangan hospital mereka, di mana pengambilan langganan akan dilakukan berdasarkan siapa cepat dia dapat. Kakitangan hospital yang ingin menerima tawaran ini seterusnya perlu pergi ke Pusat Maxis untuk mendaftar dan mengambil pek SIM mereka. Mereka juga dapat memilih untuk terus menggunakan kad SIM setelah tamat tempoh akses percuma selama tiga bulan.



“Kami menyedari dedikasi para pekerja barisan hadapan yang mempertaruhkan kesihatan dan keselamatan mereka untuk terus mengatasi COVID-19. Oleh itu, kami ingin menghargai usaha dan terus menyokong mereka dengan tawaran istimewa tiga bulan ini. Kami berharap dapat bekerjasama dengan hospital di seluruh negara untuk memudahkan penyebaran tawaran ini,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Maxis.

Tags: COVID-19hotlinkmaxisPKPP
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Maxis taja 3 bulan talian Hotlink percuma untuk pekerja kesihatan COVID-19

Maxis taja 3 bulan talian Hotlink percuma untuk pekerja kesihatan COVID-19

7 July 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN