• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CEO MSI meninggal dunia mengejut selepas jatuh dari tingkat 7

  • OLEH Najib
  • 3:58 pm
  • 08/07/2020
  • Komen
CEO MSI meninggal dunia mengejut selepas jatuh dari tingkat 7
Share on FacebookShare on Twitter

Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat elektronik terkenal, Micro-Star International (MSI), dilaporkan telah meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 7 bangunan ibupejabat mereka di Taiwan. Charles Chiang berumur 56 tahun, telah dikejarkan ke hospital tetapi diumumkan telah meninggal dunia serta merta.

Sebab sebenar kematian beliau masih tidak diketahui dan diumumkan. Ada pekerja di dalam pejabat mendengar bunyi bising di dalam pejabat beliau, sebelum beliau ditemui mati di tempat kejadian.



MSI memaklumkan bahawa Chiang meninggal dunia akibat faktor kesihatan diri. Manakala satu kenyataan dikeluarkan oleh MSI berkenaan perkara ini:

Having been a part of the company for more than 20 years, he made outstanding contributions and was admired by his colleagues. Mr. Chiang was a respected leader in the MSI family, and helped pave the way for the brand’s success. We are all deeply saddened by the news, and are mourning the loss of Mr. Chiang. He will be deeply missed by the entire team.

Sumber: Facebook

Chiang telah bersama MSI selama lebih dari 2 dekad. Beliau menyertai MSI pada tahun 1999 sebagai Naib Presiden Kejuturuteraan. Pada tahun 2010, beliau memegang jawatan Pengurus Besar, Bahagian Platform Desktop Perniagaan. Beliau dilantik sebagai CEO MSI pada bulan Januari 2019.



MSI diasaskan pada tahun 1986 di Taiwan, menghasilkan peralatan elektronik kmputer seperti papan induk dan kad grafik, sebelum menghasilkan produk komputer lain dengan lebih meluas seperti desktop dan laptop.

Sumber: PC Gamer, Liberty News, Toms Hardware

Tags: MSI
Najib

Najib

POPULAR

CEO MSI meninggal dunia mengejut selepas jatuh dari tingkat 7

CEO MSI meninggal dunia mengejut selepas jatuh dari tingkat 7

8 July 2020
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN