• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Polis tumpaskan sindiket Macau Scam yang menipu warga emas sebanyak RM3.83 juta

  • OLEH Najib
  • 1:34 pm
  • 10/07/2020
  • Komen
Polis tumpaskan sindiket Macau Scam yang menipu warga emas sebanyak RM3.83 juta
Share on FacebookShare on Twitter

Sindiket penipuan menerusi telefon terhadap warga emas berjaya ditumpaskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini. Sindiket berkenaan memperdaya seorang wanita warga emas berusia 90 tahun hingga mengalami kerugian mencecah RM3.83 juta, dalam taktik penipuan Macau Scam.

Penipuan ini dilakukan dengan suspek menyamar sebagai kakitangan pejabat Pos Malaysia yang mensasarkan warga emas. Mangsa dihubungi pada 13 April lalu oleh suspek yang mendakwa terdapat bungkusan yang dihantar dari Ipoh, Perak ke Sabah mengandungi kad pengenalan dan kad ATM mangsa. Namun mangsa menafikan dakwaan terbabit.



Suspek kemudian memindahkan panggilan tersebut kepada seorang lagi suspek, yang kononnya seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram. Disebabkan takut, mangsa telah membuat pemindahan wang dari 20 April hingga 15 Jun, berjumlah RM3.83 juta ke atas tujuh akaun syarikat berbeza sebelum menyedari dirinya tertipu. Laporan polis telah dibuat pada 28 Jun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis telah menahan 8 lelaki dan seorang perempuan berusia antara 30 hingga 43 tahun. Siasatan mendapati tiga daripada mereka ialah pemilik akaun. Kesemua suspek telah ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



Polis juga telah mengenalpasti 7 akaun syarikat yang terletak di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah. Sebanyak RM1.4 juta wang di dalam akaun tersebut telah dibekukan. Polis kini sedang cuba mengesan baki RM2.43 juta yang ditipu dari warga emas tersebut.

Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada supaya tidak mudah panik jika menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa sebagai pihak berkuasa.

Sumber: Sinar Harian, IPD Petaling Jaya

Tags: Macau Scampdrm
Najib

Najib

POPULAR

Polis tumpaskan sindiket Macau Scam yang menipu warga emas sebanyak RM3.83 juta

Polis tumpaskan sindiket Macau Scam yang menipu warga emas sebanyak RM3.83 juta

10 July 2020
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN