Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Maklumat terkini COVID-19 boleh didapati di WhatsApp KKM

Pasti ramai yang telah mengikuti pelbagai saluran media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini tentang COVID-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini telah melancarkan saluran baru di WhatsApp, di mana anda boleh bertanya dan mendapat jawapan dengan pantas,

KKM mengumumkan perkara tersebut menerusi saluran Telegram mereka. Walaupun Telegram dan WhatsApp merupakan platform permesejan, saluran Telegram digunakan hanya untuk membuat pengumuman sahaja, tidak boleh berborak dan bertanyakan soalan.

Di WhatsApp, terdapat Chatbot yang akan menguruskan jawapan berdasarkan pilihan yang disediakan. Pengguna boleh memilih untuk berborak di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Selepas itu, terdapat 5 pilihan menu yang disediakan:

1 Untuk mengetahui apakah itu Coronavirus.
2 Untuk mengetahui langkah pencegahan COVID-19.
3 Untuk senarai hospital rujukan bagi kes yang disyaki dan kes sahih COVID-19.
4 Untuk senarai klinik kesihatan yang membuat saringan COVID-19.
5 Untuk info terkini COVID-19.

Dari percubaan kami, chatbot ini hanya menjawab dari pilihan menu yang disediakan sahaja. Tidak boleh bertanyakan soalan sebenar, kerana ia akan menjawab semula dengan memberi 5 menu tadi. Jadi ia bukanlah tempat untuk anda berborak bagi mengetahui maklumat COVID-19 dengan lebih lanjut.

Menu nombor 1 dan 2 adalah maklumat umum yang boleh didapati di banyak tempat. Menu ke-3 nampaknya adalah rujukan terbaik di dalam chatbot ini, kerana ia memberitahu nombor telefon hospital mengikut negeri, bagi merujuk kes yang disyaki dan kes sahih COVID-19.

Menu ke-4 pula masih belum ada senarai klinik yang membuat saringan COVID-19, mungkin ia akan dikemaskini tidak lama lagi. Manakala menu ke-5, memaparkan pautan ke laman web COVID-19 KKM.

Walaupun masih terhad, chatbot ini boleh dikemaskini dengan pantas untuk menambah maklumat lain tentang COVID-19. Jadi ia adalah satu lagi saluran berguna buat rakyat Malaysia, mendapatkan berita sahih dan terkini tentang COVID-19 di Malaysia.

BACA  Telefon gaming Asus ROG Phone 3 akan dilancar di Malaysia pada awal September

Orang ramai boleh menyertai saluran WhatsApp KKM menerusi pautan ini: Chatbot KKM