• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPP: Perutusan Khas Perdana Menteri petang ini adalah benar

  • OLEH Najib
  • 12:01 pm
  • 20/07/2020
  • Komen
PKPP: Perutusan Khas Perdana Menteri petang ini adalah benar
Share on FacebookShare on Twitter

Menerusi media sosial rasminya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan akan membuat perutusan khas pada petang hari ini, 20 Julai 2020. Beliau akan membentangkan perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Perutusan khas ini akan disiarkan pada pukul 4 petang, menerusi saluran RTM, Bernama, TV3 dan Astro Awani. Beliau tidak menerangkan apakah intipati yang akan diutuskan, tetapi orang ramai berharap agar cara pemberian RM50 ke dompet elektronik (e-Wallet) akan turut diberitahu petang ini.



Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pic.twitter.com/Kdcam3dlPb

— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) July 20, 2020

Tetapi agak aneh apabila 30 minit sebelum media sosial Perdana Menteri memuat naik poster perutusan khas ini, pasukan respons pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah lebih awal menafikan bahawa akan ada perutusan khas Perdana Menteri petang ini. Bagaimanapun, penafian ini mungkin merujuk kepada perutusan khas akan dibuat pukul 3 petang, kerana yang tepat adalah pukul 4 petang.

https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/1285039801083674624

Mungkin akibat terlalu ghairah membuat penafian untuk berita palsu sepanjang wabak COVID-19 ini, membuatkan pasukan respon pantas KKMM terlalu cepat menafikan berita yang belum dipastikan kesahihannya. Tetapi apa yang dinafikan mereka masih tepat, perutusan khas akan dibuat pukul 4 petang ini, bukannya pukul 3 petang.



Apabila Perdana Menteri membuat perutusan khas, ianya adalah untuk memberitahu langkah besar yang akan dibuat oleh kerajaan dalam masa terdekat. Adakah beliau akan membuat kejutan atau sekadar memberi penerangan lebih mendalam tentang langkah kerajaan yang telah diumumkan sebelum ini?

Sama-sama kita tonton perutusan khas tersebut petang ini.

Sumber: Twitter, SKMM

Tags: muhyiddin yassinSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
PKPP: Perutusan Khas Perdana Menteri petang ini adalah benar

PKPP: Perutusan Khas Perdana Menteri petang ini adalah benar

20 July 2020
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER