• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon gaming terbaru Lenovo ada kamera pop-up tepi dan pengecas 90W

  • OLEH Najib
  • 6:19 pm
  • 21/07/2020
  • Komen
Telefon gaming terbaru Lenovo ada kamera pop-up tepi dan pengecas 90W
Share on FacebookShare on Twitter

Lenovo akan melancarkan telefon gaming pertama mereka, dipanggil Lenovo Legion Phone pada 22 Julai 2020 di China. Walaupun pelancarannya akan dibuat esok, beberapa maklumat tentang telefon ini telah diberitahu sendiri oleh Lenovo.

Satu keunikan yang diumumkan ada pada Lenovo Legion Phone ini adalah kamera hadapannya. Ia menggunakan modul pop-up boleh sembunyi, tetapi terletak di sisi kanan telefon, bukan di atas. Jadi, apabila bermain game secara melintang, kamera ini akan keluar di tengah. Sesuai untuk mengadakan strim secara langsung semasa bermain game.



https://www.youtube.com/watch?v=0qxYQWqg7Qs

Selain itu, ia dibekalkan dwi-bateri dengan jumlah kapasiti 5,000mAh, serta menyokong pengecasan pantas 90W. Telefon ini juga memiliki dua port USB-C, seperti di telefon Asus ROG Phone 2. Satu di bawah dan satu di sisi, digunakan untuk menyambung aksesori tambahan.

Lain-lain perkara yang akan ada pada telefon ini adalah seperti cip Snapdragon 865+, skrin 144Hz, pembesar suara stereo berkuasa tinggi dan dwi-motor getaran untuk memberi pengalaman bermain yang lebih mengasyikkan.



Sumber: GSMarena 1, GSMarena 2

Tags: lenovoLenovo Legion Phone
Najib

Najib

POPULAR

Telefon gaming terbaru Lenovo ada kamera pop-up tepi dan pengecas 90W

Telefon gaming terbaru Lenovo ada kamera pop-up tepi dan pengecas 90W

21 July 2020
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN