• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rocket League akan berpindah ke Epic Games dan jadi percuma untuk semua

  • OLEH Najib
  • 5:49 pm
  • 22/07/2020
  • Komen
Rocket League akan berpindah ke Epic Games dan jadi percuma untuk semua
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pernah bermain bola menggunakan kenderaan, maka anda pasti kenal permainan video “Rocket League”. Permainan bola pelbagai pemain ini, akan boleh dimainkan secara percuma tidak lama lagi dan ia turut boleh dimainkan secara silang platform.

Permainan bola sepak menggunakan kereta mainan ini terdapat di komputer (PC), PlayStation 4, Xbox One dan Nintendo Switch. Khas untuk PC, permainan ini hanya boleh didapati menerusi stor permainan Steam.



Tetapi dengan perubahan ke arah percuma ini, Rocket League tidak lagi boleh dimuat turun di Steam, kerana mereka akan berpindah ke stor permainan Epic Games. Bagi mereka yang telah membeli Rocket League, anda akan menerima beberapa ganjaran istimewa di dalam permainan, antaranya menerima DLC lebih awal dari pengguna percuma.

Perubahan hala tuju Rocket League ini dilihat bertitik tolak dari pengambil alihan Psyonix, pembangun permainan Rocket League oleh Epic. Epic pula merupakan pembangun permainan popular Fortnite, yang membangunkan stor permainan mereka sendiri, Epic Games.



Antara kereta yang boleh dipilih dalam Rocket Leage

Jika anda berminat mahu membeli Rocket League, hentikan dulu niat anda dan nantikan apabila ia boleh dimuat turun secara percuma tidak lama lagi. Psyonix turut menyatakan akan mengeluarkan beberapa pengumuman berkenaan peralihan ini dalam masa terdekat.

Baru-baru ini, Rocket League menyambut ulangtahun ke-5 dan menyenaraikan pencapaian mereka sepanjang waktu ini. Rocket League dilancarkan pada 5 Julai 2015 untuk platform PlayStation dan PC, diikuti platform Xbox One pada 2016 dan Switch pada 2017.

Sumber: The Verge

Tags: epic gamesRocket League
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Rocket League akan berpindah ke Epic Games dan jadi percuma untuk semua

Rocket League akan berpindah ke Epic Games dan jadi percuma untuk semua

22 July 2020
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN