• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo X50 Pro & Vivo X50: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:32 am
  • 22/07/2020
  • Komen
Vivo X50 Pro & Vivo X50: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini secara rasminya Vivo Malaysia memperkenalkan dua telefon 5G terbaru mereka iaitu Vivo X50 Pro dan Vivo X50. Tempahan untuk memiliki model-model ini sudahpun dibuka sehingga 25 Julai 2020 pada harga seperti berikut:

  • Vivo X50 Pro (RAM 8GB + storan 256GB) – RM3,199
  • Vivo X50 (RAM 8GB + storan 128GB) – RM2,399

Sepanjang tempoh tempahan, mana-mana yang membelinya dalam tempoh tersebut akan menerima pemberian seperti berikut:



  • 1 tahun jaminan tambahan
  • 1 tahun jaminan perlindungan skrin retak
  • 1 unit penapis udara percuma
  • Promo PWP Vivo TWS Neo pada harga RM99

Tempahan boleh dilakukan secara dalam talian sama ada di Vivo Online Store, Lazada, ataupun Shopee.

Spesifikasi Vivo X50 Pro & Vivo X50

Kedua-dua telefon ini miliki fizikaliti dan spesifikasi yang hamper serupa. Di bahagian muka, mereka ada paparan 6.59” LCD beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz.



Vivo X50 Pro
Vivo X50

Paparan berlubang telefon ini menepatkan kamera selfie 32MP. Bahagian belakang pun nampak serupa kecuali pada bahagian komponen kameranya.

Vivo X50 Pro ada kamera 48MP yang Vivo lengkapkannya dengan mekanisme gimbal yang berikan kestabilan video dan foto yang mengagumkan. Kemudian, ia juga ada kamera 13MP potret, 8MP ultralebar, dan 8MP telefoto.

VIvo X50 Pro
Vivo X50

Di sebelah sini, Vivo X50 diperkasa kamera utama 48MP, 13MP potret, 8MP ultralebar, dan 5MP makro.

Kedua-dua Vivo X50 dipadankan dengan SoC Snapdragon 765G dengan RAM seluas 8GB tapi storannya berbeza. Versi Pro ada storan sekali ganda lebih tinggi pada 256GB manakala varian yang lebih murah ada storan 128GB.

Vivo X50 Pro
Vivo X50

Akhir sekali di bahagian kapasiti bateri. Walaupun mereka dilengkapi system pengecasan pantas 33W, kapasiti bateri yang dimiliki tidak serupa. Vivi X50 Pro mengambil tenaga daripada tangki sebesar 4,315mAh manakala saudaranya yang lagi satu daripada tangki sebesar 4,200mAh.

Tags: vivoVivo X50Vivo X50 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Vivo X50 Pro & Vivo X50: Maklumat penjualannya di Malaysia

Vivo X50 Pro & Vivo X50: Maklumat penjualannya di Malaysia

22 July 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER