• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lenovo Legion Phone Duel bawakan rekaan segar dalam telefon 2020

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:09 pm
  • 23/07/2020
  • Komen
Lenovo Legion Phone Duel bawakan rekaan segar dalam telefon 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon gaming Lenovo Legion Phone Duel ini bawakan rekaan yang amat segar dalam tahun 2020. Kamera selfienya terletak di bahagian sisi telefon manakala dwikamera belakangnya terletak di bahagian tengah.

Tapi ia tetap tak lari daripada gaya gaming iaitu agresif atau bahasa pasarnya “Ah Beng”.



Paparan telefon ini ada spesifikasi yang sama macam ROG Phone 3. Saya tak hairan jika mereka gunakan panel yang sama. Lenovo Legion Phone Duel ada panel 6.59” FHD+ dengan refresh rate 144Hz.

Daripada sudut spesifikasi, nampaknya pengeluarnya berhabis baik pada telefon sulung ini. Tiada apa yang dikorbankan pada komponen yang terpateri atas papan utamanya.



Dimulakan dengan CPU, ia antara yang terawal gunakan SoC Snapdragon 865+ selepas ROG Phone 3. Beza dengan model 865 biasa ialah GPU pada model ini 10% lebih berkuasa hasil overclock.

Kemudian kapasiti RAM dimilikinya mencecah 16GB untuk jadikannya terbesar dalam industri setakat ini bersama-sama ROG Phone 3. Kalau terlalu besar, ada juga varian RAM 8GB dan 12GB. Di bahagian storan, ia ada pilihan 128GB, 256GB, ataupun 512GB.

Ada dua port USB-C boleh digunakan untuk mengecas, satu di bahagian sisi dan satu di bahagian dagu. Pengecas 90W boleh digunakan untuk mengisis tangka sebesar 5,000mAh telefon ini. Peliknya, menurut laporan, anda perlu sambungkan USB-C di keuda-dua port untuk nikmati pengecasan 90W.

Pengecasan pantas 90W

Di jabatan pengimejan, anda akan menemui konfigrasi dwikamera belakang. Kamera utamanya ada sensor 64MP manakala kamera ultralebarnya ada sensor 16MP. Di bahagian depan, kamera selfienya ada mekanisme pop-up dibahagian sisi dengan sensor 20MP.

Speaker stereo
Butang bahu peka sentuhan

Lagi ciri-ciri gaming yang ada ialah seperti speaker stereo dan butang peka sentuhan di bahagian bahu telefon.

Harga Lenovo Legion Phone Duel di China adalah seperti berikut:

  • RAM 8GB + Storan 128GB – RMB3,499 (RM2,124)
  • RAM 12GB + Storan 128GB – RMB 3,899 (RM2,366)
  • RAM 12GB + storan 256GB – RMB 4,199 (RM2,549)

Sumber

Tags: lenovolenovo legionLenovo Legion Phonelenovo legion phone duel
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Lenovo Legion Phone Duel bawakan rekaan segar dalam telefon 2020

Lenovo Legion Phone Duel bawakan rekaan segar dalam telefon 2020

23 July 2020
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN