• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penerbitan filem di media sosial perlu lesen dan surat perakuan Finas

  • OLEH Najib
  • 1:49 pm
  • 23/07/2020
  • Komen
Saluran Berita RTM dilancar untuk siar lebih banyak berita benar dan melawan berita palsu
Share on FacebookShare on Twitter

Semua penerbitan filem dan rakaman video tidak kira oleh agensi media atau individu, perlu memohon lesen sebelum membuat rakaman. Perkara ini diterangkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah di Parlimen hari ini.

Kenyataan ini merupakan jawab balas beliau terhadap soalan dari ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi. Shu Qi bertanyakan sama ada lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) diperlukan untuk media sosial atau tradisional.



Saifuddin menerangkan, “Merujuk kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981, Seksyen 22 (1), “Tiada seseorang boleh mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti mengeluar, mengedar dan mempamer filem-filem atau mana-mana gabungan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan dalam seksyen 21 (1), melainkan jika suatu lesen dikeluarkan yang memberi kuasa kepadanya untuk berbuat demikian,”

“Melalui Syarat (1), Syarat-syarat Tambahan Lesen Pengeluaran Filem di bawah Peraturan-Peraturan 4 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983, pemegang lesen, jika membuat penggambaran filem hendaklah memaklumkan kepada perbadanan tidak lewat dari tujuh hari sebelum membuat penggambaran sesuatu filem melalui borang tertentu yang dikeluarkan perbadanan.



Shu Qi turut bertanyakan tafsiran filem di bawah akta yang diperuntukkan dan sama ada ia merangkumi semua filem serta dokumentari, termasuk melalui aplikasi TikTok dan Instagram.

Saifuddin menjelaskan lagi, tafsiran filem di bawah Seksyen 2, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 2013) menyatakan filem termasuk filem cerita pendek, subjek ringkas, ‘trailer’, dokumentari, filem kecil iklan dan apa-apa rakaman pada apa-apa jenis bahan termasuk pita video dan ceper video berupa arca bergerak, sama ada disertai dengan bunyi atau tidak untuk dilihat oleh orang ramai atau mana-mana golongan ramai.

Jawapan Saifuddin ini tidak menyatakan dengan jelas sama ada video di TikTok dan Instagram turut tertakluk di bawah akta Finas. Beliau hanya membaca semula akta tersebut dan ia menyebut sebarang rakaman tidak kira ada bunyi atau tidak untuk dilihat orang ramai, adalaf bentuk filem dan perlu mendapatkan lesen Finas.

Kenyataan ini telah membuatkan orang ramai terutama di media sosial mula bertanya sama ada mereka perlu memohon lesen untuk memuat naik Instagram Stories, YouTube, Facebook atau mana-mana video di platform media sosial.

Keperluan lesen Finas ini telah mencuri tumpuan susulan keputusan kerajaan menyiasat, sama ada Al-Jazeera mempunyai lesen untuk menghasilkan dokumentari. Sebelum ini, Finas mendapati Al Jazeera tidak mempunyai lesen pengeluaran filem untuk penerbitan dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’. Malah, syarikat penyiaran antarabangsa itu juga tidak membuat permohonan untuk surat perakuan penggambaran bagi membuat liputan dokumentari berkenaan.

Soalan tambahan dari ahli parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil pula bertanyakan, adakah Youtuber Dustin Pfundheller yang mengeluarkan video bagi membalas dokumentari kontroversi Al-Jazeera mempunyai lesen Finas? Saifuddin menjawab, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan jika ada aduan, tindakan akan diambil.

Sumber: FMT, Berita Harian

Tags: finasSaifuddin Abdullah
Najib

Najib

POPULAR

Saluran Berita RTM dilancar untuk siar lebih banyak berita benar dan melawan berita palsu

Penerbitan filem di media sosial perlu lesen dan surat perakuan Finas

23 July 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN