• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengesan suhu infra merah terima radiasi dari manusia dan tidak akibatkan barah

  • OLEH Najib
  • 6:28 pm
  • 27/07/2020
  • Komen
Pengesan suhu infra merah terima radiasi dari manusia dan tidak akibatkan barah
Share on FacebookShare on Twitter

Pengesah suhu inframerah banyak digunakan di pelbagai tempat bagi memenuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, iaitu memastikan orang yang tidak menunjukkan gejala penyakit sahaja dibenarkan masuk. Tetapi baru-baru ini, terdapat beberapa pengunjung yang mengelak dari diimbas suhu mereka di kepala, kerana mengatakan ia boleh mengakibatkan barah otak.

Perkara ini disangkal oleh Shazwan Sazali, seorang doktor perubatan dari Hospital Kuala Lumpur. Beliau menjawab tentang sebuah video yang dimuat naik di media sosial, mendakwa bahawa pancaran cahaya infra merah dari alat pengesan suhu ke arah manusia, boleh menyebabkan penyakit barah.



https://twitter.com/shazwan_sazali/status/1287377515619577856

Menurut beliau, penggunaan pengesan suhu inframerah tanpa sentuh atau NCIT adalah bagus kerana ia mengurangkan risiko penyebaran penyakit, mudah digunakan, mudah dibersihkan dan mengukur suhu dengan cepat. Cara menggunakannya ialah dengan ‘menembak’ ke dahi pengguna secara lurus dan tidak bergerak. Pastikan sensor tidak disentuh serta sentiasa bersih dan kering.

Menjawab tentang persoalan barah yang timbul, beliau memetik kata-kata Feng Luzhao, seorang penyelidik dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China. NCIT berfungsi dengan menerima radiasi terma yang disebarkan tubuh manusia, ia tidak mengeluarkan radiasi yang membahayakan manusia. Menurut logik ini, seharusnya alat NCIT tersebut yang terkena kanser kerana menerima radiasi tubuh manusia.



Beliau mengakhiri untaian tersebut dengan nasihat: “Kalau tak tahu, bertanya. Jangan sesuka hati keluarkan video yang boleh mengelirukan orang ramai.”

Jangan pula kita lupa, penyebaran berita palsu di media sosial boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa. Walaupun bukan kita yang mengeluarkan cerita palsu tersebut, jika berkongsi tentangnya juga boleh dianggap bersubahat.

Sumber: Twitter

Tags: COVID-19
Najib

Najib

POPULAR

Pengesan suhu infra merah terima radiasi dari manusia dan tidak akibatkan barah

Pengesan suhu infra merah terima radiasi dari manusia dan tidak akibatkan barah

27 July 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN