• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:10 pm
  • 19/11/2025
  • Komen
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan ini, Honor mengumumkan bahawa telefon pintar flagship terbaharunya, Honor Magic 8 Pro, bakal tiba ke Malaysia tidak lama lagi, walaupun tarikh pelancarannya ketika itu belum didedahkan. Kini, Honor akhirnya mengesahkan bahawa pelancaran rasmi akan berlangsung pada Khamis, 27 November 2025.

Menjelang pelancaran tersebut, Honor turut mendedahkan tawaran pratempah eksklusif untuk pelanggan terawal. Mereka yang menempah Magic 8 Pro akan menerima kamera aksi Insta360 Ace secara percuma. Tempahan awal dijangka bermula pada hari pelancaran sehingga 4 Disember 2025.



Bagi mereka yang berminat, pelancaran Honor Magic 8 Pro boleh distrim secara langsung melalui Facebook dan YouTube Honor Malaysia pada jam 3 petang, 27 November. Lebih menarik, penonton berpeluang memenangi fon telinga Honor Choice Earbuds Clip hanya dengan menonton penstriman tersebut.

Menurut Honor, flagship terbaharu ini menampilkan sistem 200MP Ultra Night Telephoto, direka khas untuk memberikan kejelasan, kestabilan, dan prestasi fotografi malam yang luar biasa. Setakat ini, Honor belum mendedahkan spesifikasi penuh peranti ini.



Honor Magic 8 Pro

Namun, berdasarkan model yang dilancarkan di China, Magic 8 Pro dijangka diperkasa dengan SoC Snapdragon 8 Elite Gen 5, skrin LTPO OLED 6.71-inci dengan kadar segar semula 120Hz, kamera utama dan ultralebar 50MP, serta telefoto 200MP. Ia juga kemungkinan hadir dengan bateri 7,200mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W USB-C dan 80W wayarles.

Untuk maklumat lebih lanjut, nantikan pelancaran Honor Magic 8 Pro yang bakal berlangsung tak lama lagi.

Tags: honorHonor Magic 8 Prohonor malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN