• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:13 pm
  • 28/08/2026
  • Komen
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia telah mengesahkan ketibaan model terbaharu mereka, Vivo V80 Lite 5G untuk pasaran tempatan pada 3 September 2026. Menariknya, menjelang pelancaran rasmi, Vivo mengumumkan bahawa telefon pintar ini telah berjaya mencatatkan rekod baharu Guinness World Records bagi keupayaan dan ketahanan baterinya.

Pada masa yang sama, Vivo turut menganjurkan pameran khas di Lot 10, Bukit Bintang dan telah membuka tempahan awal untuk vivo V80 Lite 5G dengan penawaran hadiah percuma bernilai sehingga RM1,145.



Catat rekod siaran langsung ujian elektronik terpanjang

Pencapaian tersebut diraih menerusi siaran langsung ujian produk elektronik paling lama, yang berlangsung selama 32 jam 37 minit. Ujian berturut-turut itu dijalankan oleh Pasukan Vivo V80 Lite 5G di China dan disahkan secara rasmi di Chiang Mai, Thailand pada 11 Ogos 2026. Ujian ini dibua bagi membuktikan ketahanan baterinya dalam penggunaan dunia sebenar.

Rekod ini dijayakan menerusi penggunaan Bateri BlueVolt berkapasiti 10,000mAh, iaitu kapasiti bateri terbesar dan terkuat yang pernah dimuatkan ke dalam peranti Vivo setakat ini. Menurut Vivo, bateri ini direka untuk kegunaan harian yang berat tanpa perlu kerap mencari pengecas atau membawa power bank.



Telefon ini juga direka untuk digunakan dalam cuaca panas Malaysia. Menurut vivo, ia mampu mengekalkan kuasa yang stabil pada suhu sehingga 45 darjah celsius, selain membantu mengurangkan penggunaan bateri berlebihan ketika telefon digunakan dalam keadaan panas.

Glass Box Showcase di Lot 10

Sempena pengenalan model baharu ini, vivo Malaysia mengadakan acara pameran khas Glass Box Showcase yang bertempat di Lot 10, Bukit Bintang. Pameran ini dibuka kepada orang ramai bermula 29 Ogos hingga 3 September 2026, dengan paparan LED khas di Lot 10 untuk mengetengahkan ketahanan bateri Vivo V80 Lite 5G.

Orang ramai juga boleh mengunjungi pameran tersebut untuk mencuba pengalaman interaktif yang disediakan serta menghasilkan kandungan sendiri untuk dikongsi di media sosial. Pameran ini akan berakhir pada 3 September, iaitu tarikh pelancaran rasmi Vivo V80 Lite 5G di Malaysia.

Promosi pratempahan Vivo V80 Lite 5G di Malaysia

Kalau anda berminat untuk mendapatkan Vivo V80 Lite 5G, tempahan awal sudah pun dibuka dan berlangsung sehingga 11 September 2026. Sepanjang tempoh ini, Vivo turut menawarkan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,145, termasuk Smart Projector bernilai RM699, Backpack, V Selection Earbuds dan Card Holder bernilai RM119.

Pelanggan turut menerima manfaat Vivo Care, termasuk jaminan bateri selama empat tahun, jaminan lanjutan selama 365 hari serta jaminan perlindungan penutup belakang selama satu tahun.

Setakat ini, vivo masih belum mendedahkan harga jualan rasmi vivo V80 Lite 5G di Malaysia. Maklumat lanjut mengenai telefon ini dijangka diumumkan pada acara pelancarannya pada 3 September nanti.

Tags: Guinness World Recordsvivovivo MalaysiaVivo V80 Lite 5G
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN