• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:10 pm
  • 25/08/2026
  • Komen
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Screenshot

Share on FacebookShare on Twitter

Banyak pengeluar telefon pintar nampaknya akan melancarkan peranti baharu mereka pada bulan September. Kini, Poco pula mengesahkan bahawa siri Poco F9 akan dilancarkan secara global pada 1 September 2026, pada jam 8 malam waktu Malaysia.

Buat masa ini, tiada maklumat tambahan lanjut diberikan oleh Xiaomi berkenaan siri Poco F9 ini. Namun, berdasarkan poster pelancaran yang dikongsikan, ia dilihat bakal mengekalkan sistem Sound by Bose dengan susunan speaker bersama subwoofer, seperti ditawarkan pada siri Poco F8 sebelum ini.



UltraPower Unbound.
No ceiling. No compromise. No weakness.
POCO F9 Series is coming to raise the flagship standard.

September 1, 2026 | 20:00 GMT+8https://t.co/jlDSgHW6Rl pic.twitter.com/JzFxprMP6t

— POCO (@POCOGlobal) August 24, 2026

Apa yang boleh anda jangka pada siri Poco F9

Melihat kepada laman rasmi pelancaran siri Poco F9, terdapat dua model yang bakal diperkenal iaitu Poco F9 Ultra dan Poco F9 Pro, sama seperti generasi sebelum ini. Pada laman yang sama, kita turut dapat tahu bahawa Poco F9 Ultra bakal ditawarkan dalam warna Dark Cherry dengan kemasan belakang kaca fiber bertekstur, manakala model Pro pula hadir dalam warna Aurora Green dengan kemasan bercahaya.

Seperti biasa untuk siri Poco F, model akan datang ini turut dijangka berasaskan model Redmi yang telah dilancarkan di China, dan kali ini ia adalah Redmi K100 Pro dan Redmi K100 Pro Max.



Melihat pada spesifikasi yang dilancar di China, kedua-dua model dijangka membawa peningkatan yang agak ketara pada beberapa aspek, termasuk skrin, kamera dan bateri.

Bagi Poco F9 Ultra, ia dijangka hadir dengan skrin AMOLED 6.9″ beresolusi 1200 x 2608, kadar segar semula sepantas 185Hz dan kecerahan puncak 4,500nits. Di dalamnya, cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dijangka menguasakan telefon ini, lengkap dengan bateri lebih besar pada 9,070mAh, serta pengecasan berwayar 100W dan wayarles 50W. Susunan kameranya pula terdiri daripada kamera utama 200MP, kamera telefoto periskop 50MP dengan zum optikal 5x, serta kamera ultralebar 50MP.

Poco F9 Ultra

Manakala bagi Poco F9 Pro pula, ia kekal menggunakan skrin bersaiz 6.59″, tetapi juga dengan panel AMOLED berkadar segar semula 185Hz dan resolusi 1156 x 2510 serta kecerahan puncak 4,500 nits. Ia turut dijangka dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, bersama bateri 8,580mAh dengan sokongan pengecasan yang sama 100W dan wayarles 50W. Bahagian kamera pula turut menggunakan kamera utama 200MP, kamera telefoto (bukan periskop) 50MP, dan kamera ultralebar 8MP.

Poco F9 Pro

Menariknya, jika sistem Bose 2.1 dengan subwoofer sebelum ini hanya disediakan pada model Ultra, pada generasi akan datang ini, ciri tersebut kelihatan akan turut tersedia pada kedua-dua model Pro dan Ultra.

Adakah siri Poco F9 bakal mengekalkan spesifikasi yang sama denan model di China, itu hanya akan diketahui pada pelancaran siri Poco F9 akan berlangsung pada 1 September 2026 ini.

Bagaimana pula dengan harga?

Buat masa ini, maklumat harga dan ketersediaan di pasaran Malaysia masih belum diumumkan. Namun, jika melihat pada pelancaran sebelum ini, dijangka siri Poco F9 akan turut tersedia di pasaran Malaysia sejurus pengumuman global sepertimana yang berlaku untuk siri Poco F8 sebelum ini.

Berkenaan harga, untuk rujukan anda, Poco F8 Ultra dilancarkan pada harga bermula RM3,199 untuk varian 12GB+256GB, manakala model F8 Pro pula berharga bermula RM2,499 untuk varian yang sama. Bagaimanapun, anda boleh menjangkakan kenaikan harga bagi kedua-dua model akan datang ini, disebabkan krisis RAM dan memori semasa, berserta peningkatan spesifikasi yang ditawarkan.

Tags: PocoPoco F9 ProPoco F9 UltraSiri Poco F9xiaomixiaomi malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

19 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN