• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Qualcomm Quick Charge 5 boleh cas 50% bateri dalam masa 5 minit

  • OLEH Najib
  • 2:18 pm
  • 28/07/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar cip mudah alih terkemuka di dunia, Qualcomm Technologies Inc kini mengumumkan ketibaan teknologi pengecasan pantas terbaru mereka, Quick Charge 5 (QC5). Kuasa pengecasan ini dimaklumkan boleh memenuhkan separuh kapasiti bateri dalam masa hanya 5 minit.

Menurut Qualcomm, QC5 akan membolehkan peranti menerima kuasa pengecasan melebihi 100W. Lebih menarik lagi, teknologi pengecasan pantas ini akan disokong oleh lebih banyak pengeluar.



Keupayaan QC5 mengepam lebih 100W tenaga ke peranti dijayakan dengan teknologi dwi-pengecasan, di mana ia mengecas 2 bateri di dalam peranti serentak. Untuk ini, peranti tersebut harus menggunakan teknologi dwi-bateri bagi mencapai kuasa pengecasan sebegini.

Qualcomm menyatakan, QC5 mampu mengecas bateri berkapasiti 4,500mAh dari 0-50% dalam masa 5 minit dan ke kapasiti penuh 100% dalam masa kurang dari 15 minit. Ini adalah lonjakan lebih 10x dari teknologi Quick Charge yang asal, yang diperkenalkan pada tahun 2013.



Qualcomm turut membandingkan QC5 dengan teknologi sebelum ini iaitu Quick Charge 4 (QC4), di mana ia kini 10°c lebih sejuk , 70% lebih cekap tenaga dan sehingga 4x lebih pantas.

QC5 juga serasi digunakan bersama teknologi pengecasan pantas QC yang lama, serta menyokong teknologi pengecasan pantas USB-PD. Dengan ini, ia turut boleh mengecas pantas iPhone yang menyokong USB-PD. Melalui tekologi pengenalan pintar, ia boleh mengenal pasti tahap kesesuaian pengecasan pantas QC tertinggi antara peranti dan pengecas untuk digunakan.

Tahap Quick Charge berfungsi mengikut gandingan peranti dan aksesori

Orang ramai boleh menjangkakan teknologi QC5 pada peranti yang dilancarkan bermula suku ketiga tahun 2020. Pengecasan pantas QC5 disokong oleh peranti yang menggunakan cip Snapdragon 865 dan 865+.

Oppo sebelum ini telah mengumumkan pengecasan pantas VOOC mereka dengan kuasa 125W. Manakala Vivo pula telah menunjukkan teknologi pengecasan pantas Super FlashCharge 120W mereka, yang akan digunakan di telefon pintar iQoo mereka akan datang.

Anda boleh tonton video penerangan lanjut mengenai teknologi Quick Charge 5 di bawah ini.

https://youtu.be/Zb_ZRPFa_2k

Sumber: Qualcomm

Tags: QualcommQuick Charge 5
Najib

Najib

POPULAR

Qualcomm Quick Charge 5 boleh cas 50% bateri dalam masa 5 minit

28 July 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN