• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo akan pasang pengecasan 120W di telefon flagship akan datang

  • OLEH Najib
  • 4:32 pm
  • 15/07/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo baru sahaja mahu membuat penguman rasmi tentang pengecas pantas 125W mereka, dijadualkan petang ini. Kini muncul pula satu lagi pengumuman lain tentang pengecas pantas melebihi 100W. Kali ini dari Vivo.

Vivo menyatakan mereka akan melancarkan telefon flagship iQOO yang akan datang, dilengkapi teknologi Super FlashCharge 120W. Ia dikatakan boleh mengecas bateri 4,000mAh dari 0 ke 100% dalam masa 13 minit sahaja.



Bagi menerangkan tentang kemampuan pengecas ini, Vivo turut berkongsi video mengecasnya. Ia menunjukkan peranti tersebut mengecas dari 0 ke 50% dalam masa 5 minit sahaja dan mencapai 100% kurang dari 15 minit.

Vivo turut melanjutkan video itu dengan membandingkan pengecas 125W mereka dengan pengecas 55W. Selepas 5 minit, pengecas 55W hanya mengisi 18% kapasiti bateri. Apabila hampir ke minit 15:00, ia mencapai 43% sahaja.



Vivo ada menerangkan bahawa pengecasan 120W ini dicapai dengan meningkatkan arus (amp) dan menggunakan dua litar pengecasan serta dua bateri. Bermakna, mengecas 60W kepada 2 bateri, menjadikan ia boleh mengecas dengan kuasa berjumlah 120W.

Buat masa ini, Vivo belum memberikan tarikh pelancaran telefon pintar iQOO yang dilengkapi pengecas 120W ini lagi. Tetapi ura-ura mengatakan ia akan dilancarkan pada bulan Ogos 2020.

Sumber: Slashgear, Gizchina

Tags: vivoVivo iQoo
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026

Vivo akan pasang pengecasan 120W di telefon flagship akan datang

15 July 2020
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN