Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pelopor pengecasan pantas mahu perkenal pengecas melebihi 100W

Oppo adalah pengeluar peranti pintar pertama yang menghasilkan pengecasan pantas melebihi 10W, menerusi pengecas VOOC mereka di Find 7. Kini Oppo memiliki pengecas berkuasa 65W, di dalam siri Oppo Find X2. Terbaru, Oppo dikhabarkan mahu memecahkan rekod mereka dengan memperkenalkan pengecasan pantas 125W.

Menerusi laman sosial weibo Oppo, mereka akan mengadakan satu majlis pelancaran pada 15 Julai 2020, pukul 3 petang di China. Dalam video yang dikongsikan, ia hanya menunjukkan nombor 125W. Tiada petunjuk lain kelihatan padanya.

Teknologi pengecasan pantas boleh dicapai dengan meningkatkan voltan atau arus (amp) pengecas, yang perlu disokong pada kepala pengecas, kabel dan peranti itu sendiri. Terdapat teknik ketiga pengecasan pantas yang digunakan Oppo di Find X Lamborghini, iaitu menggunakan 2 bateri. Dengan mengecas serentak 2 bateri, ia juga boleh memendekkan masa mengecas.

Selain Oppo, syarikat subsidiarinya iaitu Realme, juga dikatakan mahu memperkenalkan pengecas pantas melebihi 100W. Menurut pembocor berita Ishan Agarwal, beliau menerima maklumat bahawa Realme akan melancarkan Ultra Dart, teknologi pengecasan pantas baru pada bulan ini.

Ultra Dart boleh mengecas 1/3 bateri berkapasiti 4,000mAh dalam masa 3 minit sahaja. Dari gambar spesifikasi yang dikongsikan, ia menunjukkan kuasa gandingan 10v dan 11,660mA, bersamaan 116W. Ini menunjukkan pengecas ini menggunakan teknik meningkatkan kapasiti voltan dan arus untuk mengecas lebih pantas.

BACA  iOS 14 dan iPadOS 14 Public Beta telah dibuka, ini cara memasangnya

Lebih penting lagi, adakah terdapat peranti yang akan menggunakan teknologi ini selepas dilancarkan? Xiaomi pernah menunjukkan kuasa pengecas 100W pada awal 2019, dan menyatakan ia akan digunakan di peranti mereka pada tahun 2020. Tetapi masih belum ada khabar berita hingga kini.

Tahun ini mungkin adalah tahun perang pengecas melebihi 100W, tetapi siapakah yang akan pertama menggunakannya pada peranti mereka?

Sumber: GSMarena, weibo