• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony A7S III, penantian 5 tahun yang berbaloi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:29 pm
  • 29/07/2020
  • Komen
Sony A7S III, penantian 5 tahun yang berbaloi
Share on FacebookShare on Twitter

Sony akhirnya mengumumkan pengganti kepads A7S II yang sudahpun berusia lebih 5 tahun. Ia adalah satu penantian yang berbaloi kerana melihat pada spesifikasi model baru ini, ia lebih mesra pengguna berbanding flagship daripada pengeluar lain dalam tahun 2020.

Dua benda paling menarik perhatian adalah mereka telah merombak antara muka kawalan kamera ini. Daripada video reviu pengguna, ia lebih iras pada menu Fujifilm dan Olympus. Saya sendiri rimas dengan menu Sony yang serabut.



Sumber

Kemudian, ini adalah kamera siri Alpha pertama yang ada paparan boleh kilas ke bahagian sisi dan menghadap anda semasa ber-vlogging. Sepatutnya semua kamera yang ada paparan fleksibel ada fungsi ini berbanding cara kilas pelik-pelik seperti ke atas ataupun ke bawah.

Daripada segi fizikaliti, tak banyak perbezaan yang boleh anda cerap. Rupanya sapa saja dengan semua siri Alpha 7 lain. Taip bahagian dalamnya terima naik taraf saujana dan praktikal.



Ia masih kekalkan penggunaan sensor 12MP tapi daripada jenis baru iaitu Exmor R. Lagi benda yang baru ialah penggunaan pemproses imej Bionz XR. Kalau nak bandingkan dia dengan semua kamera flagship 2020 pengeluar lain, memang nampak macam ketinggalan.

Tapi, kamera ini mampu rakam video 4K pada kadar bingkai 60fps dan 1080p pada kadar 240fps. Ciri ini lebih praktikal berbanding 8K pada Canon EOS R5 yang kini berhadapan dengan isu pemanasan yang melampau.

Miliki bilangan piksel yang rendah pada sensor full frame bermakna saiz setiap pikselnya sangat besar. Secara teorinya, ia miliki prestasi lowlight yang melampau hebatnya. Misalnya, ISO pada kamera ini boleh mencapai 409,600. Angka tersebut setakat ini hanya dicapai telefon pintar seperti Mate 30 Pro dan P40 Pro menggunakan sensor kerdil.

Mekanisme pembidik focus juga telah ditambah baik. Ia miliki 759 titik pengesanan fasa yang meliputi 92% sensor untuk memungkinkan Enhanced Real-time Eye EF.

Bahagian EVF turut menerima naik taraf saujana. Ia adalah EVF paling terang di dunia dengan panel OLED hamper 10MP pada panel sebesar 0.64”. Untuk perspektif, panel EVF kamera ini hamper sama resolusinya dengan TV 4K anda tapi dikecilkan sazinya sebesar jari saja.

Selain menyokong kad SD, ia juga menyokong kad CF Exress Type A. Sony adalah satu-satunya pengeluar kad jenis itu setakat ini. Anda boleh dapatkannya pada harga USD200 (RM849) untuk ruang penyimpanan 80GB manakal versi 160GB dijual pada harga USD400 (RM1,700).

Kamera ini akan tembusi pasaran A.S bermula September pada harga USD3,500 (RM14,870). Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Sonysony a7s iii
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sony A7S III, penantian 5 tahun yang berbaloi

Sony A7S III, penantian 5 tahun yang berbaloi

29 July 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER