• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penggunaan daftar masuk MySejahtera akan diwajibkan di semua premis perniagaan

  • OLEH Najib
  • 12:57 pm
  • 04/08/2020
  • Komen
Adakah app MySejahtera dibangunkan syarikat luar negara?
Share on FacebookShare on Twitter

Melihatkan kemunculan semula kluster wabak COVID-19 yang baru serta ketidakpatuhan peniaga menyimpan maklumat kehadiran pelanggan, kerajaan akan mewajibkan pengunaan daftar masuk MySejahtera di semua premis perniagaan. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam majlis penerangan kepada media semalam.

Beliau menambah lagi, Pejabat Peguam Negara akan mewartakan penggunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis di seluruh negara dengan pengecualian dibenarkan di kawasan luar bandar dan bandar kecil yang tidak mempunyai capaian Internet. Tetapi tambahan aplikasi lain masih dibenarkan, dengan syarat wajib ada MySejahtera.



[Video] Aplikasi MySejahtera diwajibkan di semua premis – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/qyXR31T8R5

— BERNAMA (@bernamadotcom) August 3, 2020

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, langkah itu perlu kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdepan masalah mengesan kontak rapat di premis yang tidak mempunyai rekod maklumat pelanggan sekiranya ada kes positif COVID-19.

Sebagai langkah aktif membendung penularan berhadapan dengan masalah mengesan kontak rapat ini, KKM telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) di kawasan terlibat. Ia dilaksanakan di Kedah, dengan mukim yang terlibat adalah Mukim Ah, Mukim Hosba, serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu dan Kampung Ulu, Padang Sanai di Mukim Padang Terap.



Daftar masuk MySejahtera

Di samping itu, sebanyak 5 buah sekolah diarahkan ditutup selama 28 hari, 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari tempoh pemerhatian. Sekolah yang terlibat di daerah Kubang Pasu adalah Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Hosba, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, SMK Megat Dewa serta SK Megat Dewa. Manakala satu sekolah lagi di Padang Terap ialah Sekolah Kebangsaan Kubang Palas.

Orang ramai diminta terus mematuhi SOP yang ditetapkan dengan memakai topeng muka di kawasan awam yang sesak, serta di dalam pengangkutan awam.

Sumber: Bernama, Astro Awani

Tags: COVID-19Perintah Kawalan PergerakanPKPP
Najib

Najib

POPULAR

Adakah app MySejahtera dibangunkan syarikat luar negara?

Penggunaan daftar masuk MySejahtera akan diwajibkan di semua premis perniagaan

4 August 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN