• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme muncul dua kali dalam 10 carian sohor kini pada bulan Julai

  • OLEH Najib
  • 6:29 pm
  • 05/08/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Jarang model khusus sebuah telefon pintar muncul dalam carian paling sohor kini dalam sesuatu bulan. Tetapi ramai pengguna di Malaysia nampaknya berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai dua produk baru Realme, sepanjang bulan Julai lepas.

Google Malaysia telah berkongsi beberapa data menarik mengenai 10 carian paling sohor kini. Secara umum, carian tersebut adalah:



  1. Realme X50 Pro Review Malaysia / Realme Buds Q review malaysia

Telefon kelas flagship terbaru dari Realme ini memiliki kuasa pemproses tertinggi, Snadragon 865 5G. Bersama pelancarannya ialah ketibaan fon kepala TWS Realme yang baru, Realme Buds Q.

  1. England vs. West Indies

Ramai peminat kriket mengambil maklum mengenai perlawanan kriket ini, seperti jumlah kumpulan mata, video highlight dan kedudukan terkini.



  1. Man United vs. Chelsea

Dengan ramainya peminat pasukan bolasepak Manchester United dan Chelsea di Malaysia, tidak pelik jika ia menjadi sohor dalam carian di Malaysia. Chelsea menewaskan Manchester untuk mara ke pusingan akhir Piala FA, tetapi tewas kepada Arsenal.

  1. 战 毒 (White War)

Drama Hong Kong ini mengisahkan tentang kehidupan tiga sahabat di dalam pasukan Polis Hong Kong, dalam usaha membanteras dadah.

  1. 7 Hari Mencintaiku 2

Musim kedua drama keluarga ini dibintangi oleh Siti Saleha dan Shukri Yahaya, Lakonan garang ibu mertua dan menantunya sangat diminati oleh ramai penonton di Malaysia.

  1. Selamat Hari Raya Haji 2020 / Niat Puasa Arafah / Salam Aidiladha 2020 / Solat Sunat Aidiladha

Umat Islam menyambut Hari Raya Haji pada bulan Julai. Banyak carian berkaitan haji dan korban dilakukan rakyat Malaysia.

  1. Newcastle vs. Liverpool / Man United vs. Bournemouth / Man United vs. Southampton / Man United vs. West Ham

Sekali lagi disebabkan banyaknya peminat Manchester United, beberapa perlawanan akhir Liga Perdana Inggeris menjadi carian utama peminat di Malaysia.

  1. 三 十 而已 (Nothing but Thirty)

Drama China ini mula bersiaran pada 17 Julai dan dibintangi oleh Jiang Shuying, Tong Yao, dan Mao Xiaotong, menceritakan tentang kehidupan mereka yang berusia 30 tahun dan masih belum berkahwin di China.

  1. Realme C11 Price Malaysia

Satu lagi telefon pintar Realme yang dilancarkan di bulan Julai, kali ini telefon pintar harga bajet iaitu Realme C11 menjadi carian ramai. Ini boleh menunjukkan minat tinggi rakyat Malaysia terhadap jenama Realme.

  1. Alya Iman

Beliau adalah seorang pelakon yang baru mencipta karier di Malaysia, tetapi mula menjadi carian utama bulan lepas selepas skandalnya dengan suami orang mula tersebar.

Sebagai maklumat tambahan, Google Malaysia turut berkongsikan senarai 10 carian sohor kini berkaitan tips dan kehidupan. Ini menjadi carian tertinggi sebagai amalan norma baharu pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Senarai tersebut adalah:

  1. makanan kucing yang bagus
  2. gam kasut yang paling kuat
  3. cara diet yang cepat
  4. cara hilangkan whitehead
  5. kereta tak boleh start
  6. jenama susu yang baik bagi newborn
  7. lagu yang best
  8. makanan yang dilarang ketika hamil
  9. cari barang hilang
  10. jadual workout yang berkesan
Tags: GoogleRealme
Najib

Najib

POPULAR

Realme muncul dua kali dalam 10 carian sohor kini pada bulan Julai

5 August 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER