Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Garmin lancar jam pintar bertenaga solar – Instinct dan Fenix 6

Peminat kecergasan, anda kini boleh memantau kecergasan anda tanpa risau mencari plug pengecas jika kehabisan bateri. Garming hari ini melancarkan barisan jam pintar dengan teknologi pengecasan solar, atau cahaya matahari.

Terdapat tiga model jam pintar Garmin yang dipasang dengan teknologi solar ini iaitu Instinct, Fenix 6 Pro dan Fenix 6s Pro.

Garmin Instinct Solar

Siri Instinct telah dikenali ramai sebagai jam dilengkapi perkakas pelbagai guna untuk persekitaran serba mencabar, dari luar bandar sehingga ke puncak pergunungan. Secara umum, dengan pancaran cahaya matahari yang mencukupi, jam ini boleh digunakan tanpa had tenaga, terutama sekali di dalam mod jimat bateri atau mod Battery Saver.

Penggunaan GPS di dalam mod Expedition juga boleh digunakan tanpa henti, dengan pendedahan cahaya matahari yang mencukupi. Dengan bateri sahaja, mod Expedition bersama GPS boleh digunakan selama lebih dua bulan.

Bagi mod jam pintar tanpa cahaya matahari, baterinya boleh bertahan sehingga 24 hari. Mengubah pelbagai mod penggunaan tenaga ini boleh dibuat terus menerusi Power Manager.

Selain penjejakan aktiviti luar dan kecergasan badan, jam Instinct Solar juga boleh memantau tahap Pulse Ox2. Penjejakan dan pemantauan kecergasan pengguna pula boleh dilihat menerusi analisa Body Battery. Ia menganalisa degupan jantung, tanap tekanan minda, kualiti tidur dan aktiviti untuk memberitahu tahap tenaga pengguna.

Garmin juga memperkenalkan Tactical Edition di mana ia diminati oleh ahli ketenteraan. Edisi ini dilengkapi beberapa fungsi ‘taktikal’ seperti serasi digunakan bersama kacamata ‘night-vision’ dan mod ‘stealth’.

Jam Garmin Instinct Solar hadir dalam tiga warna: Graphite, Tidal Blue dan Sunburst. Manakala Instinct Solar Tactical Edition pula datang dalam warna Black, Moss dan Graphite Camo.

BACA  Kerajaan mahu perkenal caj perkhidmatan beli-belah online untuk perangi scammer

Garmin Fenix 6 Solar

Terdapat dua model di dalam siri jam pintar Fenix 6 Solar ini, Fenix 6 Pro Solar dan Fenix 6S Pro Solar yang lebih kecil. Hayat bateri untuk Fenix 6S Pro Solar sehingga 9 hari manakala dengan tenaga solar hingga 10.5 hari. Bagi Fenix 6 Pro Solar, ia memiliki tenaga bateri sehingga 14 hari dan tenaga solar hingga 16 hari.

Selain aktiviti kecergasan dan pemantauan badan, siri Fenix 6 juga memiliki peta topografi untuk jelajah aktiviti luar, peta ski di lebih 2,000 resort ski serta 41,000 padang golf di seluruh dunia. Ia juga boleh menyimpan lagu sehingga 2,000 muzik di dalam badan, untuk mendengar lagu tanpa sambungan telefon pintar.

Fenix 6 Pro Solar hadir dalam dua warna, Hitam bersama tali Slate Gray dan Cobalt Blue bersama tali Whitestine. Fenix 6S Pro Solar pula ada datang dengan dua warna Emas bersama tali Shale Gray serta Purple dengan tali Shale.

Harga dan Jualan

Kesemua jam pintar bertenaga Solar dari Garmin ini telah dijual di Lazada, Shopee, kedai Garmin dan pengedar sah Garmin. Harga jualannya pula seperti berikut:

  • Instinct Solar (Graphite) – RM 1,999
  • Instinct Solar (Tidal Blue) – RM 1,999
  • Instinct Solar (Sun Burst) – RM 1,999
  • Instinct Solar (Camo Graphite) – RM 2,199
  • Instinct Solar Tactical (Black) – RM 2,199
  • Instinct Solar Tactical (Moss) – RM 2,199
  • Fenix 6 Pro Solar – RM 4,199
  • Fenix 6S Pro Solar Purple – RM 4,199

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.garmin.com.my