• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambaran jelas Galaxy S20 edisi peminat yang lebih mampu dimiliki tersebar

  • OLEH Najib
  • 5:59 pm
  • 17/08/2020
  • Komen
Gambaran jelas Galaxy S20 edisi peminat yang lebih mampu dimiliki tersebar
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, Samsung telah melancarkan Galaxy S10 Lite, beberapa bulan selepas siri Galaxy S10 dilancarkan. Ia mengekalkan kuasa pemproses tertinggi tetapi mengorbankan beberapa fungsi flagship, menjadikan harganya lebih mampu dimiliki.

Kini ura-ura kedatangan Galaxy S20 Lite semakin kuat bertiup, menuruti apa yang dilakukan Samsung pada tahun lepas. Samsung masih belum mengesahkan sebarang maklumat mengenai telefon ini, tetapi telah muncul gambaran yang dikatakan rupa sebenar Galaxy S20 Lite.



Perkara ini dikongsikan oleh pembocor berita bersiri terkenal, @OnLeaks. Beliau berkongsi gambaran tersebut menerusi laman web PriceBaba dan menyatakan, edisi lebih rendah Galaxy S20 ini tidak akan dipanggil sebagai Galaxy S20 Lite, sebaliknya akan diberi nama Galaxy S20 FE. FE bermaksud Fan Edition. Samsung pernah menggunakan nama FE untuk pengganti Galaxy Note 7, yang ditarik balik dari pasaran akibat masalah kepanasan melampau, yang kemudian diperbaiki dan diperkenal semula sebagai Galaxy Note FE.

Dalam gambaran yang dikongsikan ini, rupa Galaxy S20 FE dilihat tidak jauh berbeza dengan Galaxy S20. Ia memiliki skrin rata berukuran sekitar 6.4 ke 6.5-inci, dengan satu lubang di atas skrin yang memuatkan kamera hadapan.



Bingkai telefon ini dilihat menggunakan besi berkilat. Manakala badan belakang seperti diperbuat dari plastik atau kaca berkabus. Di sudut atas, terdapat modul kamera yang menempatkan tiga kamera belakang, LED Flash dan lubang mikrofon.

Seperti semua model terbaru, Galaxy S20 FE meletakkan butang kuasa dan kawalan bunyi di sebelah kanan. Di bawah pula menempatkan port USB-C, jeriji sepaker dan lubang mikrofon. Tiada lagi jek audio 3.5mm di telefon ini.

Gambaran hanya memberikan maklumat rupa luaran. Tentang perkakas di dalamnya, ia dijangka mengekalkan pemproses berkuasa tinggi, Snadragon 865.

Bagaimanapun dalam satu penemuan terbaru di laman web penanda aras Geekbench, satu peranti dipercayai Galaxy S20 FE dengan nombor model SM-G780F, menggunakan cip Exynos 990 dengan RAM 8GB. Untuk siri Galaxy S20, cip Snapdragon 865 digunakan di pasaran Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Manakala pasaran lain termasuk Malaysia, menggunakan cip Exynos 990.

Samsung Galaxy S20 Fan Edition Exynos Version Spotted On Geekbench.
•Exynos 990
•Android 10
•8GB Ram
Samsung S20 Fan Edition Firmware Development is Also Started As Earlier Posted By @_the_tech_guy https://t.co/iz4B1QP2tf pic.twitter.com/zuvHMQ8zRJ

— Abhishek Yadav (@yabhishekhd) August 13, 2020

Selain itu, seorang lagi pembocor berita Ice Universe menyatakan, Galaxy S20 FE akan menggunakan kamera utama 12MP dengan sensor Sony IMX555 seperti di Galaxy S20. Kamera lain pula ialah kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP dengan zum optikal 3x. Kamera hadapannya 32MP dan ia memiliki skrin 120Hz dan kalis air IP68.

Telefon Galaxy S20 FE dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Oktober, menurut laporan oleh media di Korea Selatan, The Elec. Samsung dikhabarkan akan melancarkan versi 4G dan 5G untuk telefon ini.

Sumber: PriceBaba

Tags: samsungSamsung Galaxy S20 FE
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Gambaran jelas Galaxy S20 edisi peminat yang lebih mampu dimiliki tersebar

Gambaran jelas Galaxy S20 edisi peminat yang lebih mampu dimiliki tersebar

17 August 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER