• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon mampu milik Honor 8S kembali dengan RAM dan storan lebih besar

  • OLEH Najib
  • 12:48 pm
  • 18/08/2020
  • Komen
Telefon mampu milik Honor 8S kembali dengan RAM dan storan lebih besar
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan semula telefon pintar Honor 8S, kini dengan RAM dan storan lebih besar. Tahun lepas, Honor 8S diperkenal bersama RAM 2GB dan storan 32GB. Hari ini, ia boleh didapati dengan RAM 3GB dan storan 64GB.

Semua perkara lain adalah sama pada Honor 8S yang lebih hebat ini, melainkan pada pilihan warna. Bagi varian rendah, ia didatangkan dalam warna biru dan hitam. Bagi varian tinggi yang baru ini, ia kini memiliki warna Aurora Blue dan Navy Blue.



Varian baru ini akan dijual bermula pada 22 Ogos 2020 dengan harga RM429 dan boleh didapati di Stor Online HiHonor, Stor Rasmi Honor di Lazada dan Shopee, serta stor fizikal Honor dan pengedar sah Honor. Varian dengan RAM 2GB dan 32GB pula kini berharga RM369.

Huawei tidak mengiklankan peranti ini dengan Huawei Mobile Services. Memandangkan ia menggunakn pemproses lama, ia dilihat masih boleh menggunakan perkhidmatan Google sepenuhnya dan ini pasti melegakan banyak pihak.



Telefon ini menggunakan pemproses Mediatek MT6761 atau nama lainnya Helio A22. Ia memiliki dua slot untuk kad sim dan slot kad mikroSD berasingan, untuk menambah storan sehingga 512GB.

Skrinnya berukuran 5.71-inci dari jenis LCD, dengan takuk kecil di atas. Di belakang, ia memiliki kemasan dua tona tekstur. Bateri di dalamnya sebesar 3,020mAh dan dicas melalui port mikroUSB.

Kamera depannya 5MP dan terletak di dalam takuk di atas skrin. Kamera belakang pula hanya satu, 13MP F1.8. Telefon ini tiada pengimbas capjari padanya. Sistem operasi EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 digunakan oleh Honor 8S.

Tags: honorHonor 8S
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Telefon mampu milik Honor 8S kembali dengan RAM dan storan lebih besar

Telefon mampu milik Honor 8S kembali dengan RAM dan storan lebih besar

18 August 2020
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN