• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus akan lancar lebih dari satu Zenfone 7 pada 26 Ogos

  • OLEH Najib
  • 1:11 pm
  • 19/08/2020
  • Komen
Asus akan lancar lebih dari satu Zenfone 7 pada 26 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Asus kini mengesahkan akan melancarkan siri Zenfone terbaru mereka, Zenfone 7 pada 26 Ogos 2020. Pelancaran ini akan dibuat secara dalam talian, melalui siaran langsung di YouTube.

Telefon ini akan menggantikan Zenfone 6 yang dilancarkan tahun lepas. Zenfone 6 membuat kemunculan yang menarik apabila hadir dengan kamera belakang dan hadapan yang sama, kerana ia menggunakan modul kamera belakang yang boleh dilipat ke depan. Khabar angin menyatakan, Asus akan mengekalkan modul kamera yang sama di Zenfone 7.



Asus Zenfone 6

Dari segi prestasi, Zenfone 6 dijangka akan menggunakan pemproses terbaik Qualcomm, Snapdragon 865 bersama RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB. Ia juga akan dilengkapi bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecas pantas 30W.

Asus juga dilihat cuba memberi petunjuk bahawa mereka akan melancarkan lebih dari satu Zenfone 7, apabila meletakkan gambar ‘Zenfone 7 Series’. Selain Zenfone 7, ia mungkin datang bersama Zenfone 7 Pro, atau Ultra, atau Plus, atau apa nama lain yang akan digunakan Asus.



Masalah lebih besar ialah, adakah Zenfone 7 akan dijual di Malaysia? Ini kerana Asus tidak membawa masuk Zenfone 6 ke Malaysia, walau pun mereka ada menjual ROG Phone 2 tahun lepas dan telah menyatakan akan menjual ROG Phone 3 tidak lama lagi.

Sumber: PhoneArena

Tags: asusAsus Zenfone 7
Najib

Najib

POPULAR

Asus akan lancar lebih dari satu Zenfone 7 pada 26 Ogos

Asus akan lancar lebih dari satu Zenfone 7 pada 26 Ogos

19 August 2020
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN