• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon BlackBerry dengan papan kunci fizikal akan datang kembali

  • OLEH Najib
  • 11:04 am
  • 21/08/2020
  • Komen
Ini Jawapannya Jika Anda Mencari Telefon Kalis Hacker
Share on FacebookShare on Twitter

Nama BlackBerry pernah menjadi sangat gah satu masa dahulu, sebelum kedatangan Android dan iPhone. Papankekunci fizikal pada telefon pintar menjadikan ia peranti berborak yang sangat diminati ramai, tetapi menjadi pudar selepas skrin penuh menjadi pilihan utama selepas itu.

Selepas tamat perjanjian dengan TCL Communications bagi menghasilkan telefon pintar awal tahun ini, tiada lagi peranti baharu BlackBerry diperkenal. Tetapi BlackBerry kini telah memeterai perjanjian baharu dengan Onwardmobility dan FIH Mobile (anak syarikat Foxconn), di mana mereka mendapat lesen untuk mereka, mencipta dan menghasilkan peranti 5G menggunakan jenama BlackBerry.



BlackBerry KEY 2

Antara maklumat lain yang diberitahu menyatakan, peranti BlackBerry baru dengan papan kekunci fizikal, akan datang pada pertengahan pertama tahun 2021, bermula dengan pasaran Eropah dan Amerika Utara.

CEO Onwardmobility, Peter Franklin menyatakan, profesional perniagaan sangat memerlukan peranti 5G dengan keselamatan tinggi dan membantu produktiviti, di samping tidak mengorbankan pengalaman penggunaan. BlackBerry memang terkenal dalam melindungi komunikasi, privasi dan data. Ini peluang terbaik bagi Onwardmobility bekerjasama dengan BlackBerry dan FIH Mobile untuk memperkenalkan peranti 5G akan datang ke pasaran.



Dalam perjanjian tersebut, FIH Mobile akan mereka dan menghasilkan peranti tersebut. Manakala Onwardmobility akan menguruskan perancangan produk dan pemasaran.

Adakah peranti dengan kekunci fizikal masih ada tempat di pasaran masakini? Kita tunggu pelancarannya tahun hadapan.

Sumber: XDA

Tags: BlackBerryFIH MobileOnwardmobility
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Ini Jawapannya Jika Anda Mencari Telefon Kalis Hacker

Telefon BlackBerry dengan papan kunci fizikal akan datang kembali

21 August 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN