• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Menangi Proton X70 bernilai RM95,000 dalam Tawaran Mega Merdeka Oppo

  • OLEH Najib
  • 5:45 pm
  • 21/08/2020
  • Komen
Menangi Proton X70 bernilai RM95,000 dalam Tawaran Mega Merdeka Oppo
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo kini melancarkan kempen ‘Mega Merdeka Deals‘ sempena ketibaan Hari Kebangsaan tidak lama lagi. Kempen ini menawarkan tawaran menarik dan hadiah percuma untuk pembelian produk Oppo, sambil berpeluang memenangi hadiah hebat termasuk kereta Proton X70 bernilai RM95,000.

Kempen ini berjalan dari 22 Ogos sehingga 16 September 2020, menawarkan hadiah mingguan cabutan bertuah berupa jam kecergasan Coros Apex 42mm, konsol Nintendo Switch, kerusi urut Gintell DeVano S FUNtastic serta hadiah utama Proton X70. Penyertaan cabutan bertuah ini perlu dihantar menerusi aplikasi My Oppo App.



Caranya, beli mana-mana produk Oppo terpilih dari 22 Ogos sehingga 16 September, kemudian muat turun dan mendaftar maklumat peribadi di aplikasi My Oppo App. Seterusnya, isi borang yang diberikan dan muat naik borang tersebut bersama bukti pembelian.

Selepas pendaftaran disahkan berjaya, anda akan menerima nombor cabutan bertuah. Cabutan bertuah dan pengumuman pemenang akan dibuat secara langsung di Facebook Oppo Malaysia pukul 9 malam pada 27 Ogos, 3 September, 10 September dan 17 September.



Selain cabutan bertuah mingguan, pembelian produk Oppo di dalam tempoh kempen ini turut melayakkan pembeli menyertai ‘Lucky Draw Gift Away Spin’ di Stor Oppo yang tersenarai di atas. Hanya bawa bukti pembelian ke Stor Oppo tersebut untuk peluang memenangi salah satu hadiah berikut:

  • Fon kepala Oppo Enco Free
  • Beg Oppo Reno Bagpack
  • Termos Pintar
  • Fon kepala Oppo
  • Baucar KFC RM5

Oppo juga memberikan diskaun untuk pembelian beberapa model telefon pintar mereka. Antaranya Find X2 dijual lebih murah RM300, dengan hadiah percuma berupa fon kepala Enco Free bernilai RM499. Manakala Reno3 pula ditawarkan pada harga lebih rendah RM1,499.

Tags: oppo
Najib

Najib

POPULAR

Menangi Proton X70 bernilai RM95,000 dalam Tawaran Mega Merdeka Oppo

Menangi Proton X70 bernilai RM95,000 dalam Tawaran Mega Merdeka Oppo

21 August 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN