• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Gambar sebenar Asus Zenfone 7 mengesahkan persamaan kamera hadapan dan belakang

  • OLEH Najib
  • 4:00 pm
  • 24/08/2020
  • Komen
Gambar sebenar Asus Zenfone 7 mengesahkan persamaan kamera hadapan dan belakang
Share on FacebookShare on Twitter

Asus akan melancarkan telefon pintar Zenfone 7 pada 26 Ogos 2020. Setakat ini, mereka belum berkongsi sebarang maklumat tentang rupa peranti tersebut. Tetapi sudah ada gambar sebenar telefon ini telah mula disebarkan di alam maya.

Memandangkan Asus menyatakan mereka akan melancarkan siri Zenfone 7, ia memberi petunjuk bahawa terdapat lebih dari satu model Zenfone 7 akan dilancarkan. Gambar yang tersebar ini menunjukkan rupa Zenfone 7, dijangka model asas untuk siri Zenfone 7.



Zenfone 7 memiliki skrin LCD berukuran 6.67-inci dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 60Hz sahaja. Ia juga akan menggunakan pengimbas capjari di sisi. Satu perkara unik yang dikekalkan padanya ialah kamera boleh putar, bermakna kamera belakang boleh menjadi kamera hadapan.

Gambar yang tersebar ini turut menunjukkan tentang kotak telefon Zenfone 7. Dari kotak itu, terdapat beberapa maklumat teknikal seperti modul tiga kamera, iaitu kamera utama 64MP menggunakan sensor Sony IMX686, kamera ultra lebar 12MP dengan sensor Sony IMX363 dan kamera telefoto 8MP.



Kotak ini juga menjelaskan bahawa Zenfone 7 akan dikuasakan cip Snapdragon 865 bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Dalam satu lagi gambaran tentang Zenfone 7, ia menunjukkan tiada lagi jek audio 3.5mm padanya.

Segala khabar angin ini akan dapat dipastikan dalam tempoh 2 hari lagi. Sama-sama kita saksikan pengumuman rasmi dari Asus kelak.

Sumber: PhoneArena

Tags: asusAsus Zenfone 7
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Gambar sebenar Asus Zenfone 7 mengesahkan persamaan kamera hadapan dan belakang

Gambar sebenar Asus Zenfone 7 mengesahkan persamaan kamera hadapan dan belakang

24 August 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

3 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN