• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI OM 4, nama baru tapi specs lama

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:18 pm
  • 27/08/2020
  • Komen
DJI OM 4, nama baru tapi specs lama
Share on FacebookShare on Twitter

Pengganti kepada DJI Osmo Mobile 3 telah pun dilancarkan. Kali ini pembangunnya menggunakan nama DJI OM 4 sebagai singkatan kepada siri gimbal kompak untuk telefon pintar.

Seperti yang saya laporkan dalam artikel maklumat Osmo Mobile 4 yang terbocor sebelum hari pelancarannya, DJI OM 4 miliki sosok tubuh yang sama seperti Osmo Mobile 3, kecuali di bahagian pemegang telefon.



Gimbal kali ini menampilkan sistem magnet untuk memegang telefon pada gimbalnya. Ada dua jenis pemegang boleh digunakan.

Yang pertama adalah dengan menampal magnet terus di bahagian belakang telefon. Cara kedua pula menggunakan apit khas yang bersifat sementara.



Menurut laman spesifikasi DJI OM 4, perubahan kaedah memegang telefon ini telah mempertingkat jumlah beban telefon yang boleh diangkut olehnya. Jika di Osmo Mobile 3, boleh mengangkat beban sehingga 230g, di OM4, telefon seberat 290g boleh diangkat.

Perbandingan spesifikasi teknikal antara kedua-dua gimbal ini menunjukkan tiada perubahan. Ia masih miliki bateri berkapasiti 2,450mAh, pengecasan USB-C, Bluetooth 5.0 BLE dan dilipat menjadi bentuk kompak yang sama.

APP DJI yang mengawal gimbal katanya ada beberapa ciri baharu. Contohnya kesan kamera Dolly Zoom yang dinamakan DynamicZoom. Ada juga mode CloneMe untuk jadikan gambar panorama lebih menarik.

DJI OM 4 dijual pada harga USD150 di A.S. Tiada berita tentang ketibaannya di Malaysia tapi untuk perbandingan, Osmo Mobile 3 boleh anda dapatkan sekarang pada harga RM429.

Tags: djidji om4dji osmo mobile 3gimbal telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
DJI OM 4, nama baru tapi specs lama

DJI OM 4, nama baru tapi specs lama

27 August 2020
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER