• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siaran langsung CIMB Liga Super 2020 boleh ditonton secara percuma untuk semua

  • OLEH Najib
  • 6:54 pm
  • 28/08/2020
  • Komen
Siaran langsung CIMB Liga Super 2020 boleh ditonton secara percuma untuk semua
Share on FacebookShare on Twitter

Musim baru CIMB Liga Super 2020 akan kembali beraksi bermula hari ini, 28 Ogos 2020. Sebagai salah satu penaja Liga Malaysia, Telekom Malaysia (TM) mengumumkan akan menyiarkan semua siaran langsung Liga Super, secara percuma.

Perlawanan CIMB Liga Super 2020 akan berlangsung dari 28 Ogos sehingga 10 Oktober 2020. Siaran langsung ini boleh disaksikan oleh semua orang, tidak terhad kepada pelanggan Unifi sahaja.



Jadual Perlawanan CIMB Liga Super 2020 (28-29 Ogos)

Seluruh rakyat Malaysia boleh menonton siaran langsung perlawanan menerusi tiga saluran, iaitu:

  1. Set-top-box (STB) Unifi / Unifi Plus Box di saluran Unifi Sports 1-5 (701-705)
  2. Aplikasi Unifi PlayTV (muat turun di Apple Appstore dan Google Playstore)
  3. Saluran YouTube Unifi

Pulangan semula wang langganan

Tetapi jika anda pernah melanggan pek Liga Malaysia sebelum ini, usah khuatir. TM akan mengembalikan wang langganan anda. Bagi pengguna STB Unifi, pelanggan Ala Carte di rumah akan menerima pulangan RM10/bulan, pelanggan Ala Carte SME RM70/bulan dan pelanggan Ala Carte Saluran 701 RM12/bulan. Bagi pengguna aplikasi Unifi PlayTV pula, pulangan penuh bagi pas bulanan RM15 dan pas perlawanan harian RM3 akan diberikan.



Untuk pelanggan dengan pas istimewa, pas mereka akan dilanjutkan. Untuk pemegang Pas Bermusim Liga Malaysia, pas mereka dilanjutkan untuk siaran CIMB Liga Super dan TM Piala Malaysia (menggantikan Piala FA), sehingga 31 Julai 2021. Bagi pemegang Pas VVIP Team Malaysia, pas mereka dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Jika anda sebagai pemegang pas istimewa mahu menuntut pulangan wang, boleh cuba berbuat demikian dengan menghubungi pusat bantuan Unifi menerusi Live Chat di unifi.com.my/chat, di twitter @helpmeunifi, di Facebook Unifi atau pergi ke cawangan TMpoint berhampiran.

Tags: Liga SuperUnifi
Najib

Najib

POPULAR

Siaran langsung CIMB Liga Super 2020 boleh ditonton secara percuma untuk semua

Siaran langsung CIMB Liga Super 2020 boleh ditonton secara percuma untuk semua

28 August 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN