• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei umum penjualan MatePad dan MatePad T 10, harga bermula RM799

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:57 am
  • 01/09/2020
  • Komen
Huawei umum penjualan MatePad dan MatePad T 10, harga bermula RM799
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Huawei kini ada dua tablet baru untuk dibeli. Yang pertama ialah Huawei MatePad iaitu versi Lite kepada Huawei MatePad Pro yang terkenal. Tablet kedua yang mereka umumkan ialah MatePad T 10, versi lebih besar MatePad T 8 yang sudahpun berada dalam pasaran Malaysia sejak beberapa ketika.

MatePad

MatePad miliki fizikaliti yang serupa dengan MatePad Pro. Jadi ia menggunakan papan kekunci jenis folio yang serupa seperti saudara yang lebih berkuasanya itu. Bezanya adalah ia tidak ada magnet untuk memegang tablet tapi perumah plastik.



Anda boleh dapatkannya pada harga RM1,399 bermula 9 September 2020. Bersama-sama dengan tablet, anda juga beroleh casing papan kekunci dan beberap pemberian percuma lain.

Daripada sudut spesifikasi, ia adalah sebuah produk yang kompeten. Atas papan utama ia diperkasa Kirin 810 dan diberikan RAM 4GB serta ruang menyimpanan 64GB. Tak seperti MatePad Pro, tablet ini menggunakan slot mikro-SD sebagai slot memperluas storan.



Di bahagian muka, ia ada paparan IPS sebesar 10.4” pada resolusi FHD+. Tablet ini ada kuadspeaker yang ditala Harman Kardon dan menyokong stailus M-Pen cumanya tidak didatangkan percuma seperti MatePad Pro.

Untuk mengambil gambar, ia ada sepasang kamera 8MP, satu di depan dan satu lagi di belakang.

Membekalkan tenaga kepada MatePad ialah bateri berkapasiti 7,250mAh. Bateri gergasi ini dicas melalui USB-C dengan blok pengecas 18W. Jangkakan waktu yang agak Panjang untuk mengisinya.

MatePad T 10

Ini adalah MatePad T 8 yang diperbesar paparannya, daripada 8” kepada 10”. Huawei juga mengenakan SoC Kirin 710A pada tablet ini berbanding MediaTek MT8768 pada tablet yang lebih kecil itu.

Kalau anda berminat dengan MatePad T 10 ia ada tanda harga RM799. Tapi pada hari pertama penjualannya iaitu 9 September 2020, anda boleh dapatkannya pada harga RM499 sahaja.

Selain SoC Kirin, tablet ini juga ada RAM sebesar 2GB dan storan seluas 32GB. Anda boleh luaskan storannya melalui slot mikro-SD.

Paparan tablet ini berukuran 9.7”, sedikit kecil berbanding MatePad biasa, mungkin disebabkan nisbah paparan 16:9 yang dimilikinya. Resolusi paparan tablet ini Cuma HD+, sesuai dengan harga yang dimilikinya.

Di depan, anda diberikan kamera selfie 2MP manakala di belakang ada kamera 5MP.

Bateri 5,100mAh tablet ini dicas melalui port USB-C yang terletak di bahagian bawah. Anda juga boleh temui jek audio 3.5mm bersebelahan port pengecas bersama-sama slot mikro-SD dan SIM.

Tablet ini tiada kuadspaker, sebalik menggunakan konfigurasi dwispeaker di bahagian sisi, lantas jadikannya antara tablet multimedia terbaik boleh anda dapatkan.

Tags: Huaweihuawei matepadHuawei matepad t 10tablet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Huawei umum penjualan MatePad dan MatePad T 10, harga bermula RM799

Huawei umum penjualan MatePad dan MatePad T 10, harga bermula RM799

1 September 2020
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER