• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Realme 7 akan menyokong pengecas SuperDart 65W yang mengisi penuh dalam 34 minit

  • OLEH Najib
  • 1:27 pm
  • 02/09/2020
  • Komen
Siri Realme 7 akan menyokong pengecas SuperDart 65W yang mengisi penuh dalam 34 minit
Share on FacebookShare on Twitter

Realme baru melancarkan siri Realme 6 pada bulan Mac lepas dan bulan ini, mereka akan melancarkan pula Realme 7. Kitaran 6-bulan sudah menjadi kebiasaan untuk peranti kelas pertengahan dan ini turut diamalkan oleh Xiaomi untuk siri Redmi Note mereka.

Pelancaran siri Realme 7 akan dibuat di India pada 3 September 2020, secara langsung di YouTube Realme. Seperti sebelum ini, pelancaran model Realme dalam kelas ini dijangka akan menyusul ke Malaysia beberapa minggu selepas itu.



While #BuildingTheFaster7, we upgraded the features by adding a powerful 2nd Gen. Sony 64MP Camera & India’s Fastest Charging Technology.

Now you guys can #CaptureSharperChargeFaster.

Watch the launch live tomorrow at 12:30PM IST.#realme7 #realme7Prohttps://t.co/krkcmCMF76 pic.twitter.com/AT7zlidjTL

— Madhav Sheth (@MadhavSheth1) September 2, 2020

Beberapa maklumat dan gambaran tentang siri Realme 7 telah dikongsikan oleh CEO Realme, Madhav Sheth. Terdapat dua model di dalam siri ini iaitu Realme 7 dan Realme 7 Pro. Telefon ini akan dilengkapi pengecasan pantas SuperDart 65W, yang boleh mengisi penuh 100% dalam masa 34 minit sahaja. Bagaimanapun, kapasiti bateri masih belum diketahui.

Siri Realme 7 juga akan dilengkapi 4 kamera belakang, dengan kamera utama menggunakan sensor Sony 64MP F1.8 generasi kedua. Realme 7 Pro akan menggunakan modul kamera disusun menegak, bersama kamera ultra lebar, kamera makro dan kamera potret. Realme 7 pula disusun menegak dalam dua baris, dijangka dengan gandingan kamera yang sama.



Untuk prestasi pula, siri Realme 7 dilihat akan menggunakan pemproses yang lebih hebat dari pemproses Mediatek Helio G90T, yang digunakan di Realme 6. Memandangkan perbandingan ini dibuat hanya dengan pemproses Mediatek, dijangkakan Realme 7 akan menggunakan pemproses Mediatek yang lebih baharu, pertama seumpamanya di telefon pintar.

Satu perkara yang belum diberitahu tetapi boleh diambil dari gambar rasmi sedia ada, adalah tentang skrin dan pengimbas capjarinya. Realme 7 Pro dijangka masih mengekalkan skrin LCD, kerana pengimbas capjari kelihatan di bahagian sisi, digabung bersama butang kuasa. Untuk Realme 7 pula, ia mungkin menggunakan pengimbas capjari di belakang, memandangkan butang kuasanya menonjol keluar.

Realme 6 dan 6 Pro sebelum ini telah menggunakan skrin LCD dengan kadar penyegaran 90Hz. Ia turut dilengkapi kamera utama 64MP bersama pengecasan pantas 30W. Di Realme 6 Pro, ia menggunakan kuasa pemproses Snapdragon 720G manakala di Realme 6 pula, Helio G90T. Tetapi kedua-duanya memasang pengimbas capjari di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya esok.

Sumber: Madhav

Tags: RealmeRealme 7
Najib

Najib

POPULAR

Siri Realme 7 akan menyokong pengecas SuperDart 65W yang mengisi penuh dalam 34 minit

Siri Realme 7 akan menyokong pengecas SuperDart 65W yang mengisi penuh dalam 34 minit

2 September 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN