• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lumix S5 sertai siri S sebagai kamera full-frame termurah jenama Panasonic

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:17 pm
  • 03/09/2020
  • Komen
Lumix S5 sertai siri S sebagai kamera full-frame termurah jenama Panasonic
Share on FacebookShare on Twitter

Panasonic telah mengumumkan satu kamera baru dalam keluarga fullframe. Panasonic S5 menyertai S1, S1R dan S1H sebagai kamera paling murah dalam siri itu yang ditujukan pada pengguna yang berbajet terhad ataupun hobbyist yang baru nak berkecimpung dalam dunai fotografi.

Dengan pelancaran ini, ia memberikan satu tamparan hebat kepada barisan kamera micro four thirds (MFT) kerana kali terakhir produk MFT dilancarkan mereka adalah 2018 menerusi Lumix GH5S.



Berbalik kepada S5, ia miliki sebahagian besar fungsi S1H yang lebih berkuasa seperti:

  • Sensor full-frame 24.2MP
  • Kaki lensa L
  • Paparan boleh kilas kedepan 1.84MP
  • EVF 2.36MP OLED
  • Rakaman video sehingga 4K60 dan slow-motion sehingga 180fps
  • Dwislot kad SD
  • Tangkapan selanjar 7fps (5fps dengan autofocus)
  • IBIS 5 paksi
  • Seberat 714g (300g ringan daripada Lumix S1)

Melihat pada reviu awal yang keluar di YouTube, semua pengguna yang memandu ujinya menyentuh tentang masalah autofocus kamera ini yang tidak ditambah baik sejak sekian lama.



Barisan kamera Lumix sejak sekian lama cuma menggunakan mekanisme pengesanan kontras (Contrast Detection Autofocus, CDAF) sedangkan pengeluar lain sudahpun menggunakan mekanisme hibrid yang menggabungkan CDAF dengan pengesanan fasa (Phase Detection Autofocus, PDAF).

Masalah menggunakan CDAF semata-mata adalah ia bergantung kepada kecerahan persekitaran untuk membidik fokus. Dalam keadaan malam, ia menghadapi masalah dan rata-rata menghadapi isu renjatan fokus yang tidak konsisten.

Tidaklah menghairankan mengapa Panasonic seperti tidak mengambil endah sangat tentang penbaharuan pada sensor pengimejannya. Hal ini kerana, pihak mereka tidak lagi mengendalikan hal-hal pembangunan semikonduktor kerana bahagian itu telah dijual kepada satu syarikat semikonduktor Taiwan yang selesai sepenuhnya pada 1 September 2020.

Panasonic kini telah mengalihkan fokus mereka kepada industri automobile daripada barangan elektronik pengguna.

Walau apapun, Lumix S5 dijual pada harga USD2,000 (RM8,287) untuk badan sahaja di A.S. Sebagai perbandingan, Lumix S1R dijual pada harga RM16,999 manakala S1 dijual pada harga RM11,499.

Sumber

Tags: kamerapanasonicpanasonic lumixPanasonic lumix s5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Lumix S5 sertai siri S sebagai kamera full-frame termurah jenama Panasonic

Lumix S5 sertai siri S sebagai kamera full-frame termurah jenama Panasonic

3 September 2020
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN