• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ZTE Axon 20, telefon pintar pertama dengan kamera di bawah skrin

  • OLEH Najib
  • 10:20 am
  • 03/09/2020
  • Komen
ZTE Axon 20, telefon pintar pertama dengan kamera di bawah skrin
Share on FacebookShare on Twitter

ZTE menjadi pengeluar pertama menjual telefon pintar dengan kamera hadapan di bawah skrin, apabila mereka melancarkan Axon 20 5G. Ia menampilkan skrin penuh tanpa takuk dan lubang, serta tiada modul kamera terkeluar kerana telefon ini menggunakan teknologi kamera di belakang skrin.

Teknologi ini dijayakan dengan menggunakan bahan dengan tahap lutsinar tinggi, menggabungkan filem organik dan tidak organik. Ia dipertingkat lagi dengan mengoptimumkan algoritma perisian, yang bertindak secara kecerdasan pintar bagi mengurangkan kesan terhadap kualiti gambar.



Telefon ini bukanlah tergolong dalam kategori teratas, kerana ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 765G dan menyokong rangkaian 5G, sama seperti OnePlus Nord. Kuasa ini dipadankan bersama RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB, serta sedia menerima storan tambahan melalui kad mikroSD.

Skrinnya dari jenis OLED, berukuran 6.92-inci HD penuh, dengan kadar penyegaran 90Hz. Dengan teknologi ini, ia memiliki skrin penuh tanpa takuk dan lubang, serta bingkai yang sangat nipis. Pengimbas capjari turut terbina di dalam skrin.



Di belakang, ia memiliki modul 4 kamera disusun menegak. Kamera tersebut ialah kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Kamera hadapan yang tersembunyi di sebalik skrin pula ialah kamera 32MP.

Axon 20 5G dipasang bateri berkapasiti 4,220mAh di dalamnya, yang menyokong pengecasan pantas 20W melalui USB-C. Ia menjalankan sistem operasi Android 10 dengan antaramuka ZTE MiFavor 10.5.

Buat masa ini, ZTE hanya menjual Axon 20 5G di China sahaja, bermula dari 10 September 2020. Sebanyak 4 warna disediakan iaitu hitam, oren, ungu dan putih. Harganya di China adalah seperti berikut:

  • ZTE Axon 20 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RMB 2,198 (~RM1,331)
  • ZTE Axon 20 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RMB 2,498 (~RM1,513)
  • ZTE Axon 20 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RMB 2,798 (~RM1,695)

Sumber: XDA, GSMarena

Tags: ZTEZTE Axon 20
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
ZTE Axon 20, telefon pintar pertama dengan kamera di bawah skrin

ZTE Axon 20, telefon pintar pertama dengan kamera di bawah skrin

3 September 2020
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

25 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER