• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Liga Perdana Inggeris kembali sertai siaran langsung acara sukan antarabangsa di Astro

  • OLEH Najib
  • 5:17 pm
  • 04/09/2020
  • Komen
Liga Perdana Inggeris kembali sertai siaran langsung acara sukan antarabangsa di Astro
Share on FacebookShare on Twitter

Acara bolasepak paling popular di Malaysia, Liga Perdana Inggeris (EPL) akan memulakan musim baru 2020/21 pada 12 September 2020. Di Malaysia, siaran langsung semua perlawanan EPL boleh ditonton secara eksklusif di Astro, dengan melanggan Pek Sukan Astro.

Peminat bola sepak boleh menyaksikan kesemua 380 perlawanan EPL secara langsung di kaca televisyen dan aplikasi Astro GO. Dengan kemunculan semula siaran secara langsung acara sukan, Astro sekali lagi menyajikan pelanggannya dengan acara sukan antarabangsa terbesar seperti EPL, La Liga, Ligue 1 dan Serie A, serta acara lain termasuk Formula 1, Moto GP, UFC, NBA dan banyak lagi.



Pelanggan Astro kini boleh menikmati nilai tontonan lebih tinggi dan fleksibel dengan adanya peluang memilih untuk menambah Pek Sukan dari mana-mana Pek Starter, yang membolehkan peminat menonton acara sukan global di 11 saluran berdefinisi tinggi (HD). Untuk pengalaman menonton dengan kejelasan 4x lebih tinggi dari HD, Astro turut menawarkan siaran EPL terpilih secara langsung dalam definisi 4K UHD, menerusi Astro Ultra Box.

Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif TV dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro berkata: “Peminat sukan, terutamanya peminat bola sepak tegar merupakan penonton yang paling bersemangat. Dengan kemunculan semula siaran secara langsung acara sukan, Astro amat teruja untuk menyajikan peminat sukan Malaysia dengan acara sukan terbesar di dunia. Dan tidak ada liga bola sepak yang lebih besar dan menarik daripada Liga Perdana.”



Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif TV & Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro

“Selain memberikan liputan yang paling komprehensif, Astro membawa tontonan bola sepak ke tahap lebih tinggi dengan Ultra Box dan Jalur Lebar yang menawarkan siaran perlawanan secara langsung dalam 4K UHD yang tiada tandingannya. Kini, pelanggan tidak akan lagi ketinggalan untuk menonton siaran langsung dengan aplikasi Astro GO dan strim program Liga Perdana secara eksklusif secara on demand pada bila-bila masa, di mana sahaja mereka berada,” jelas Euan Smith.

“Kami sedar bahawa ketika mengharungi situasi global terkini, adalah penting buat kami di Astro untuk terus berusaha mencari kaedah baharu agar dapat kekal berhubung dengan pelanggan dan peminat sukan secara maya. Kami lihat, terdapat ruang dalam segmen pembangunan sukan, justeru kami berusaha untuk memacu pendapatan dan nilai di ruangan-ruangan digital ini dengan memperhebatkan inisiatif-inisiatif baharu.” tambahnya lagi.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay

Menurut Ketua Bahagian Sukan Astro, CK Lee, “Astro sentiasa mencari kaedah baru buat peminat untuk menyokong minat mereka untuk bersukan dan terlibat secara langsung bersama tokoh-tokoh sukan kegemaran mereka. Dengan menggunakan platform digital, kami menawarkan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang; seperti ‘Meet & Greet’ secara maya bersama pemain bola sepak dan penganalisis Liga Perdana. Selain itu, nantikan pesta menonton secara langsung bersama pengacara Astro SuperSport di mana terdapat peluang untuk memenangi barangan eksklusif.”

Lee berkata, “Ikuti perkembangan Liga Perdana dan acara sukan dengan 500 jam program sokongan seperti Fanzone, The Kelly & Wrighty Show, Premier League Daily, program pra-perlawanan, penganalisisan selepas perlawanan dan sorotan perlawanan. Juga, dapatkan berita dan temubual terkini di Stadium Astro.”

Kempen Anti Cetak Rompak EPL

Astro turut bekerjasama dengan EPL, melancarkan kempen anti-cetak rompaknya yang pertama, ‘Boot Out Piracy’ pada minggu hadapan. Kempen pengiklanan akan dijalankan di seluruh platform digital, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kualiti tontonan yang rendah, serta risiko yang bakal dihadapi oleh peminat ketika menonton perlawanan menerusi platform-platform yang distrim secara tidak sah dan menyalahi undang-undang seperti malware dan ransomware, yang mana sering menyebabkan kecurian dan penipuan data.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pek Sukan Astro, layari laman web www.astro.com.my.

Tags: astroLiga Perdana Inggeris
Najib

Najib

POPULAR

Liga Perdana Inggeris kembali sertai siaran langsung acara sukan antarabangsa di Astro

Liga Perdana Inggeris kembali sertai siaran langsung acara sukan antarabangsa di Astro

4 September 2020
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN