• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A53 dilengkapi skrin 90Hz dan speaker stereo berharga di bawah RM 1,000

  • OLEH Najib
  • 4:30 pm
  • 07/09/2020
  • Komen
Oppo A53 dilengkapi skrin 90Hz dan speaker stereo berharga di bawah RM 1,000
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia baru-baru ini telah melancarkan satu lagi model telefon pintar baharu, dikenali sebagai Oppo A53. Telefon ini dilengkapi skrin pantas 90Hz, serta speaker stereo, gandingan hebat untuk peminat permainan video di telefon pintar.

Lebih menarik lagi, Oppo menjual A53 pada harga sangat mampu milik, hanya RM 699 sahaja. Peranti ini didatangkan dengan kuasa pemproses Snapdragon 460, RAM LPDDR4x 4GB dan storan UFS 2.1 64GB.



Perkara menarik pada Oppo A53 adalah ia dilengkapi skrin LCD 90Hz berlubang, berukuran 6.5-inci, tetapi dengan resolusi HD 720p sahaja. Selain itu, ia juga memiliki stereo speaker di bawah telefon dan di atas skrin.

Telefon ini menerima tenaga dari bateri berkapasiti 5,000mAh, yang menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Ia juga memiliki tiga slot kad, boleh menggunakan dua kad sim nano dan satu kad mikroSD sehingga 256GB serentak.



Kamera pada Oppo A53 bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan, kerana ketiadaan kamera ultra lebar atau telefoto. Di belakang, ia dilengkapi tiga kamera iaitu kamera utama 13MP F2.2, kamera makro 2MP F2.4 dan kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4. Kamera hadapannya pula 16MP F2.0, terletak di dalam lubang di sudut atas skrin.

Terdapat dua warna disediakan untuk Oppo A53 di Malaysia, iaitu hitam dan biru. Ia boleh dibeli mulai 5 September dari Stor Online Oppo, stor fizikal Oppo serta semua pengedar sah Oppo.

Walaupun hanya dengan skrin HD 720p serta kuasa Snapdraon 460, Oppo A53 memiliki skrin 90Hz dan speaker stereo. Ini satu tawaran unik yang tidak boleh ditemui pada telefon pintar lain pada kelasnya. Ia juga menjadikannya satu pilihan terbaik peranti di bawah RM 1,000.

Tags: oppoOppo A53
Najib

Najib

POPULAR

Oppo A53 dilengkapi skrin 90Hz dan speaker stereo berharga di bawah RM 1,000

Oppo A53 dilengkapi skrin 90Hz dan speaker stereo berharga di bawah RM 1,000

7 September 2020
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN