• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Skuter dan basikal elektrik di Malaysia perlu berdaftar dan berlesen tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 12:23 pm
  • 07/09/2020
  • Komen
Skuter dan basikal elektrik di Malaysia perlu berdaftar dan berlesen tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong baru-baru ini telah mendedahkan bahawa kementeriannya akan memperkenalkan undang-undang baharu untuk menggunakan kenderaan mikromobiliti. Ia telah dimasukkan di dalam Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020. RUU ini telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan akan dibentangkan di Dewan Negara untuk kelulusan pada bulan ini.

Beliau menjelaskan, kenderaan mikromobiliti bukan basikal biasa dan ia merbahaya, lebih-lebih lagi untuk digunakan di atas jalan raya. Ia perlu dikawal sebelum berlakunya kemalangan bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada pengguna jalan raya lain.



Perkara ini dipandang serius kerana kenderaan ini tiada perlindungan insuran, jika berlaku kemalangan. Bagi pengguna lain, mereka pula terpaksa keluarkan duit sendiri atau membuat tuntutan insuran bagi tujuan membaiki kenderaan atau untuk perlindungan kesihatan mereka.

Setelah RUU ini diluluskan dan menjadi undang-undang, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan mengawal selia jenis-jenis penggunaan kenderaan ini seperti mewajibkan pendaftaran dan mempunyai lesen memandu termasuk jika bersesuaian, melarang penggunaan jenis-jenis kenderaan sebegini daripada digunakan di atas jalan raya.



Di Facebook beliau, Wee Ka Siong berkongsi video yang menunjukkan seorang individu menggunakan basikal elektrik satu roda di lebuh raya. Beliau memberi amaran, kelakuan berikut sebagai merbahaya dan meletakkan pengguna lain di dalam risiko.

Menurut pindaan RUU tersebut, kenderaan mikromobiliti adalah kenderaan yang didorong oleh tenaga elektrik, mesin pembakaran dalaman atau tenaga manusia atau gabungan dua atau ketiga-tiganya, dan memiliki kelajuan maksimum 50km/j.

Sumber: Parlimen.gov.my

RUU yang sama turut menaikkan denda untuk pemandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara merbahaya.

Sumber: Facebook, The Star

Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Skuter dan basikal elektrik di Malaysia perlu berdaftar dan berlesen tidak lama lagi

Skuter dan basikal elektrik di Malaysia perlu berdaftar dan berlesen tidak lama lagi

7 September 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN