• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Verified Calls bantu lindungi pengguna Android dari penipu scammer

  • OLEH Najib
  • 12:11 pm
  • 10/09/2020
  • Komen
Verified Calls bantu lindungi pengguna Android dari penipu scammer
Share on FacebookShare on Twitter

Penipuan melalui panggilan telefon semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Di Malaysia sahaja minggu ini, seorang warga emas telah ditipu sindiket Macau Scam sebanyak RM3.83 juta. Sebab itu, ramai yang mengambil keputusan untuk tidak menjawab panggilan dari nombor yang tidak dikenali dan ini merugikan perniagaan sebenar dan jujur.

Bagi mengatasi masalah ini, Google memperkenalkan Verified Calls. Ia merupakan fungsi baharu di dalam aplikasi Google Phone, yang terdapat di kebanyakan telefon pintar Android dan boleh dimuat turun dari Google Playstore.



Panggilan tidak dikenali (kiri) dan panggilan lengkap dengan maklumat Verified Calls (kanan)

Verified Calls akan memaparkan nama pemanggil, logo perniagaan, sebab panggilan dibuat dan tanda pengesahan untuk menunjukkan perniagaan tersebut telah diiktiraf dah disahkan tulen oleh Google. Menurut Google, proses ini dibuat secara selamat dan data peribadi pengguna tidak disimpan selepas pengesahan dilakukan.

Google telah menguji fungsi Verified Calls sebelum ini dan ia telah membantu mengurangkan kos perniagaan, kerana lebih ramai pengguna menjawab panggilan yang asli. Sebagai contoh, bank memanggil pengguna untuk memberi amaran tentang transaksi yang meragukan. Manakala syarikat penghantaran barangan atau makanan, membuat panggilan untuk memeriksa sama ada pelanggan bersedia untuk menerima barangan yang dihantar. Dalam hal ini, pengguna yang menjawab panggilan, turut menerima keuntungan kerana dapat menghalang transaksi perbankan yang meragukan, serta menerima barangan yang dihantar kepada mereka pada masa yang dijadualkan.



Verified Calls adalah lanjutan dari fungsi Verified SMS yang dilancarkan Google tahun lepas. Kajian di Amerika Syarikat dan Brazil menunjukkan, keyakinan pengguna terhadap sesuatu syarikat meningkat tinggi apabila disahkan oleh Verified SMS, sekaligus menaikkan prestasi syarikat kerana pengguna lebih banyak berbelanja selain lebih berpuas hati, sekaligus mencadangkannya kepada kenalan lain.

Untuk peringkat awal ini, Verified Calls akan terdapat di Amerika Syarikat, Mexico, Brazil, Sepanyol dan India. Lebih banyak negara lain akan menerima fungsi ini di masa hadapan, secara berperingkat. Maklumat lanjut tentang Verified Calls boleh dirujuk di sini.

Jika anda mahu mencuba fungsi yang menyerupai Verified Calls, anda boleh memuat turun aplikasi Whoscall dan Trucaller. Menjawab panggilan yang sepatutnya boleh membantu kita dalam banyak perkara, tapi pastikan ia bukannya panggilan palsu dan menipu.

Sumber: Google

Tags: GoogleGoogle Verified Calls
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Verified Calls bantu lindungi pengguna Android dari penipu scammer

Verified Calls bantu lindungi pengguna Android dari penipu scammer

10 September 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN