• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Joompa, aplikasi jumpa jodoh mensasarkan Muslim di Asia Tenggara

  • OLEH Najib
  • 2:00 pm
  • 10/09/2020
  • Komen
Joompa, aplikasi jumpa jodoh mensasarkan Muslim di Asia Tenggara
Share on FacebookShare on Twitter

Anda sudah lama mencari jodoh tapi belum berjumpa pasangan yang serasi? Anda boleh menggandakan usaha mencari jodoh ini dengan Joompa, aplikasi bertemu jodoh mensasarkan penganut agama Islam dewasa, yang mencari pasangan untuk mendirikan rumah tangga.

Joompa diasaskan oleh Anisa Hassan dari Singapura, yang berpengalaman lebih dari 16 tahun membantu individu mencari pasangan ideal mereka. Beliau telah berjaya menyatukan banyak pasangan menerusi Date High Flyers.



Anisa Hassan. Sumber: MIA

Anisa menyatakan, terdapat hampir 50 juta umat Islam yang masih bujang di Asia Tenggara. Di Malaysia sahaja, hampir 40% masih belum berkahwin dengan kewangan, kerjaya dan tidak menemui pasangan sebagai tiga alasan utama. Akibat norma di Malaysia di mana jarang temujanji atau pertemuan dilakukan secara santai, maka Joompa dihasilkan untuk menjadi ruang selamat bagi individu bertemu pasangan yang serasi dan mengenali jodoh mereka dengan lebih mendalam.

Sebagai pakar penemu jodoh, Anisa membangunkan Joompa menggunakan data dan maklumat yang beliau perolehi dan menjadikannya kepada meter keserasian (compatibility meter). Pengguna perlu menjawab beberapa soalan seperti keagamaan dan gaya hidup, untuk menjadi dasar maklumat kepada meter keserasian tadi.



Joompa mahu memberi penekanan kepada maklumat peribadi pengguna, bukan hanya menolak ke kiri dan kanan gambar berdasarkan rupa sahaja. Ini menjadikan Joompa berbeza dari yang lain. Pasangan yang dicadangkan Joompa, dibuat menerusi data dari algoritma yang menyesuaikan keserasian mengikut keperluan pengguna. Pengguna juga boleh memilih untuk membenarkan pasangan menghantar mesej, sebagai kawalan tambahan dalam usaha mencari pasangan yang ideal.

Untuk memberikan keselamatan yang lebih tinggi, Joompa memastikan pengguna membuat pengesahan semasa mendaftar. Malah, Joompa menjamin pengguna berbayar akses kepada lebih banyak fungsi, seperti perbualan dan panggilan video, untuk mengelakkan dari pemalsuan identiti.

Anisa menambah, di kala COVID-19 masih menular dan ramai orang masih tidak selesa untuk keluar bersosial, pertemuan di dalam aplikasi secara panggilan video memberi ruang untuk orang ramai bertemu. ia bukan sahaja lebih selamat, malah memastikan penjarakan fizikal sebenar dalam usaha mencari hubungan romantik.

Walaupun pendaftaran Joompa adalah percuma, mereka mengenakan bayaran untuk akses premium seperti perbualan tanpa had dan panggilan video. Kadar langganan yang dikenakan adalah:

  • Perbualan tanpa had 1-bulan: RM 94.90
  • Perbualan tanpa had 3-bulan: RM 154.90
  • Perbualan tanpa had 6-bulan: RM 192.90
  • 300 minit panggilan video & perbualan tanpa had 6-bulan: RM 244.90

Jika anda berminat untuk mencari jodoh di Joompa, boleh muat turun aplikasi ini di Google Playstore atau Apple Appstore. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web www.letsjoompa.com.

Tags: Joompa
Najib

Najib

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Joompa, aplikasi jumpa jodoh mensasarkan Muslim di Asia Tenggara

Joompa, aplikasi jumpa jodoh mensasarkan Muslim di Asia Tenggara

10 September 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER