• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jam pintar pertama Vivo bakal dilancarkan hujung bulan ini

  • OLEH Najib
  • 7:46 pm
  • 11/09/2020
  • Komen
Jam pintar pertama Vivo bakal dilancarkan hujung bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu perkara yang agak lucu tentang Vivo ialah, mereka suka berkongsi berita terbocor tentang produk mereka, tetapi ia datang dari sumber pihak ketiga. Terbaru, Vivo dikatakan mahu melancarkan jam pintar pertama mereka, Vivo Watch pada hujung bulan ini.

Sumber yang dikongsi Vivo datangnya dari GizmoChina yang melaporkan, Vivo Watch dijadualkan pelancarannya pada 22 September 2020. Poster pelancarannya telah tersebar di Weibo tetapi ia bukan datang dari Vivo sendiri.



Dari laman pengesahan 3C (seperti SIRIM di China), Vivo telah mendaftarkan dua model jam pintar, dengan nombor model W2052 dan W2056. Ia merupakan jam pintar dengan saiz muka jam yang berbeza, 42mm dan 46mm.

Selain itu, terdapat gambar jam tersebut turut telah dikongsikan di weibo. Jam pintar tersebut berbentuk bulat, dengan tali diperbuat dari getah dan kulit. Maklumat tersebut turut menyatakan bahawa skrin tersebut dari jenis AMOLED.



Vivo Watch dikatakan memiliki bateri dengan jangka hayat sehingga 18 hari, tetapi tidak menggunakan Wear OS dari Google, sebaliknya mungkin menggunakan OS buatan sendiri. Vivo Watch juga dijangka akan datang dengan NFC untuk pembayaran digital, pengesan denyutan nadi, pemantau oksiden di dalam darah dan Bluetooth 5.1.

Dikhabarkan akan terdapat 4 pilihan warna untuk tali jam Vivo Watch iaitu Mocha, Mixia, Shadow dan Fengshang. Dari pandangan penulis, warna tersebut ialah coklat, oren, hitam dan coklat yang lain.

Walau bagaimanapun, Vivo sendiri mengesahkan bahawa berita ini masih belum disahkan. Jadi kita tunggu pengumuman rasmi Vivo tidak lama lagi.

Tags: vivoVivo Watch
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Jam pintar pertama Vivo bakal dilancarkan hujung bulan ini

Jam pintar pertama Vivo bakal dilancarkan hujung bulan ini

11 September 2020
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN