• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y20 telefon mampu milik dengan bateri 5000mAh

  • OLEH Najib
  • 12:54 pm
  • 11/09/2020
  • Komen
Vivo Y20 telefon mampu milik dengan bateri 5000mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar mampu milik terbaru mereka, Vivo Y20. Ia menampilkan pengimbas capjari di sisi serta bateri besar 5,000mAh, pada harga RM 599 sahaja.

Telefon ini mula dijual di Malaysia hari ini dan boleh dibeli di Stor Rasmi Vivo di Lazada dan Shopee, serta Stor Online Vivo Malaysia. Terdapat dua warna ditawarkan, biru dan putih. Di Stor Online Vivo Malaysia, ia menawarkan hadiah percuma berupa fon kepala TWS i7.



Vivo Y20 dikuasakan cip Snapdragon 460, RAM 4GB, storan dalaman 64GB dan sedia menerima kad mikroSD sehingga 256GB. Ia menjalankan sistem operasi Android 10, bersama antaramuka Funtouch OS 10.5.

Bateri di dalamnya sebesar 5,000mAh dan ia mengecas melalui port mikroUSB. Di laman web Vivo India, ia menyatakan sokongan pengecasan pantas 18W, tetapi tidak pula dinyatakan oleh Vivo Malaysia.



Skrin telefon ini dari jenis LCD bertakuk kecil di atas, berukuran 6.51-inci dengan resolusi HD 1600×720 sahaja. Ia memasang pengimbas capjari di sisi, bukan di belakang, dan digabungkan dengan butang kuasa.

Terdapat tiga kamera di belakang telefon ini, gandingan kamera utama 13MP F2.2, kamera bokeh 2MP dan kamera makro 2MP. Tiada kamera ultra lebar padanya. Kamera hadapan yang terletak di dalam takuk pula, menggunakan sensor 8MP F1.8.

Tags: vivoVivo Y20
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Vivo Y20 telefon mampu milik dengan bateri 5000mAh

Vivo Y20 telefon mampu milik dengan bateri 5000mAh

11 September 2020
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER