• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nvidia bayar USD 40 bilion untuk beli Arm bagi meluaskan teknologi AI

  • OLEH Najib
  • 9:22 am
  • 14/09/2020
  • Komen
Nvidia bayar USD 40 bilion untuk beli Arm bagi meluaskan teknologi AI
Share on FacebookShare on Twitter

Nvidia hari ini mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju untuk membeli syarikat Arm Limited (Arm) daripada Softbank Group Corp. (Softbank) dalam satu transaksi bernilai USD 40 bilion. Ini adalah transaksi terbesar dalam sejarah dunia cip semikonduktor.

Pembayaran ini akan dibuat oleh Nvidia dalam bentuk saham sebanyak USD 21.5 bilion dan wang tunai sebanyak USD 12 bilion, termasuk wang tunai pendahuluan sebanyak USD 2 bilion semasa menandatangani perjanjian ini. Softbank akan menerima tambahan USD 5 bilion dalam bentuk saham atau wang tunai, jika pestasi Arm mencapai sasaran yang ditetapkan. Baki USD 1.5 bilion akan dibayar kepada pekerja Arm dalam bentuk saham Nvidia.



Nilai saham Nvidia. Sumber: Bloomberg

Bagaimanapun, pengambilalihan ini masih tertakluk kepada kelulusan dari kerajaan United Kingdom, China, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, dijangka mengambil masa sehingga 18 bulan. Jika berjaya, Softbank akan memiliki kurang dari 10% saham Nvidia.

Nvidia berjanji akan meneruskan perniagaan Arm secara bebas seperti biasa, terutama sekali dalam bidang pelesenan teknologi. Arm juga akan meneruskan pusat operasi mereka di United Kingdom.



Teknologi Arm digunakan oleh kebanyakan pengeluar cip mudah alih dan terdapat di lebih 1 bilion telefon pintar di seluruh dunia. Antara pelanggan mereka ialah Apple, Samsung, Mediatek, Huawei dan Qualcomm.

Hasrat Nvidia mengambil alih Arm, dipacu oleh penggunaan kecerdasan pintar atau Artificial intelligence (AI) di hampir semua perkara. Nvidia telah menjual cip grafik mereka kepada pusat data, yang berupaya memproses pengecaman gambar serta memproses bahasa dengan pantas. Ia boleh membantu pelbagai teknologi seperti pemanduan pintar dan meter pintar.

Sumber: Nvidia

Pendapatan Nvidia dari komputer pelayan mengatasi bahagian permainan mereka buat pertama kali tahun ini. Ketua Pegawai eksekutif (CEO) Nvidia, Jensen Huang berkata, mereka menggabungkan teknologi AI Nvidia bersama ekossitem Arm yang sangat luas, menjadi satu syarikat yang tidak pernah dicapai dalam sejarah teknologi.

Sumber: Bloomberg

Tags: armsoftbank
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nvidia bayar USD 40 bilion untuk beli Arm bagi meluaskan teknologi AI

Nvidia bayar USD 40 bilion untuk beli Arm bagi meluaskan teknologi AI

14 September 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
5 Terbaik: Penulen udara bawah RM400, tapis jerebu berbahaya sekelip mata!

5 Terbaik: Penulen udara bawah RM400, tapis jerebu berbahaya sekelip mata!

30 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN