Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Mi 10T akan dilancarkan dengan cip 5G Qualcomm baru pada 30 September

Xiaomi antarabangsa kini telah mendedahkan bahawa mereka akan melancarkan siri baru untuk telefon pintar mereka, digelar siri Mi 10T. Telefon ini akan dilengkapi 5G, dan menjanjikan harga yang sangat mampu dimiliki.

Pelancaran Mi 10T akan dibuat pada 30 September 2020, pukul 8 malam waktu Malaysia. Orang ramai boleh menonton acara pelancaran ini menerusi pelbagai saluran media sosial Xiaomi.

Mi 10T dikhabarkan sebagai pengganti kepada siri Mi 9T yang dilancarkan tahun lepas. Siri Mi 9T menampilkan dua model, Mi 9T dengan prestasi kelas pertengahan serta Mi 9T Pro dengan kuasa flagship. Kedua-dua model ini datang dengan tanda harga yang lebih murah dari peranti dari kelas yang sama.

Dijangka ada dua model untuk siri Mi 10T akan diperkenalkan. Versi Pro, akan diberikan kuasa Snadpragon 865 bersama skrin berkadar penyegaran tinggi, 144Hz. Ia juga memiliki bateri besar 5,000mAh, norma baharu untuk peranti Xiaomi terkini.

Rupa Mi 10T dikatakan amat mirip dengan siri Vivo X50, terutama sekali modul kamera belakangnya. Untuk kamera hadapan, ia tidak lagi menggunakan modul kamera pop-up, sebaliknya akan datang dengan kamera di dalam lubang di sudut atas skrin. Pasti ini menarik minat mereka yang berasa tidak selesa dengan kamera turun naik ini.

Awal bulan ini, Xiaomi telah berkongsi berita bahawa telefon pintar terbaru mereka, akan datang menampilkan pemproses terbaru, Snapdragon siri-7 berkeupayaan 5G. Harga peranti ini akan bermula dibawah EUR 2xx. Jika ia adalah EUR 299, bermakna di bawah ~RM1,454.

BACA  Strim sopan Nurflix.tv akan mulakan ujian Beta percuma bulan ini

Dalam masa yang sama, Qualcomm baru sahaja melancarkan cip baru mereka, Snapdragon 750G yang memiliki modem X52 5G. Cip ini dibina dari proses 8nm seperti Snapdragon 730G dan ia menggunakan teras Kryo 570, dikatakan hadir dengan peningkatan pretasi sebanyak 20% berbanding Snapdragon 730G.

Grafik diuruskan oleh cip Adreno 619 dengan prestasi 10% lebih baik dari Adreno 618 di Snapdraon 730G. Selain itu, Qualcomm juga mengesahkan bahawa Xiaomi akan menjadi pelanggan pertama mereka menggunakna cip Snapdragon 750G.

Sumber: Xiaomi