• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia Digital menawarkan ekosistem semua perkhidmatan harian dalam satu platform

  • OLEH Najib
  • 12:15 pm
  • 28/09/2020
  • Komen
AirAsia Digital menawarkan ekosistem semua perkhidmatan harian dalam satu platform
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini dikenali sebagai Redbeat Ventures semasa dilancarkan pada tahun 2018, kini ia dijenamakan semula dengan nama baru, AirAsia Digital. Ia merupakan satu usaha untuk membina ekosistem perniagaan digital AirAsia, jauh lebih besar dari platform penerbangan sahaja.

AirAsia Digital akan menggabungkan inovasi dan kepakaran pembangunan perniagaan kumpulan, penyelesaian teknologi terbaik, program pembangunan bakat baru dan kajian ‘big data’, untuk pelancongan dan gaya hidup perniagaan di Asia Tenggara.



AirAsia Digital juga memberi penekanan dalam bidang pembangunan, kajian dan memacu syarikat yang berpotensi untuk memaksimakan keuntungan, menjana ruang pendapatan baru, dan pengurusan kos lebih baik, dengan meningkatkan tahap efisyen dan pengeluaran serta meningkatkan pengalaman pengguna.

Terdapat tiga tonggak utama AirAsia Digital iaitu Venture Builder, Redbeat Academy dan Data Centre



1. Venture Builder

Venture Builder ialah tapak di mana AirAsia membina perniagaan strategik dengan fokus kepada platform, pengangkutan & e-dagang serta perkhidmatan kewangan. Kini terdapat 5 syarikat di bawahnya iaitu:

  • AirAsia.com – Platform produk pelancongan dan gaya hidup, mensasarkan untuk menjadi App Super harian
  • Teleport – Operasi pengangkutan rentas sempadan menggabungkan muatan kargo, penghantaran dan e-dagang.
  • BigPay – Syarikat FinTek dengan fokus kepada penyelesaian pembayaran, kiriman wang, pinjaman wang, dan akan datang dengan pasaran kewangan/bank maya.
  • Big Rewards – Program ganjaran kesetiaan terbesar di Asia Tenggara dengan ekosistem lengkap pelancongan dan gaya hidup.
  • Santan – Menampilkan konsep restoran makanan segera dari ladang ke meja, dengan menu popular dari penerbangan AirAsia. Pelbagai cawangan akan dibuka dalam perancangan.

2. Redbeat Academy

Akademi ini adalah pusat latihan yang dibangunlan dengan kerjasama Google. Ia melatih kumpulan bakat baru jurutera perisian, saintis data, dan lain-lain kepakaran digital untuk mengisi dan memacu permintaan yang tinggi di Asia Tenggara.

3. Data Centre

Jabatan ini adalah perunding data yang menyediakan perkhidmatan termasuk pemerintahan data, kejuruteraan data serta pelbagai analisa seperti penerangan, diagnostik, ramalan dan jangkaan. Ia mensasarkan untuk membantu syarikat membuat keputusan berdasarkan maklumat data yang lebih tepat.

Barisan Pengurusan

AirAsia Digital akan diterajui oleh individu yangmemiliki pengalaman luas dalam industri tersebut.

  1. Aireen Omar – Presiden AirAsia Digital
  2. Karen Chan – CEO AirAsia.com
  3. Pete Chareonwongsak – CEO Teleport
  4. Spencer Lee – CEO Big Rewards
  5. Chris Davison – CEO BigPay
  6. Catherine Goh – Pengurus Besar Santan (dalam pesawat, francais dan dapur)
  7. Lalitha Sivanaser – Pengurus Besar Santan (OurFarm)
Tags: AirAsiaAirAsia DigitalbigpaySantanTeleport
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
AirAsia Digital menawarkan ekosistem semua perkhidmatan harian dalam satu platform

AirAsia Digital menawarkan ekosistem semua perkhidmatan harian dalam satu platform

28 September 2020
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER